Tambah profil pengguna ke app Apple TV
Anda boleh menambah profil pengguna ke app Apple TV supaya setiap ahli isi rumah anda mempunyai pengalaman diperibadikan dalam app Apple TV dan boleh membuat pembelian mereka sendiri. Setiap pengguna mestilah mempunyai Akaun Apple. Selepas anda menambah profil pengguna, mudah untuk bertukar antara profil pengguna.
Tambah profil pengguna ke app Apple TV
Pergi ke app Apple TV pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda.
Buka bar sisi, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Pilih profil pengguna di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih Tambah Pengguna Baharu.
Pilih Seting, pilih Akaun, kemudian pilih Tambah Akaun Baharu.
Ikut arahan atas skrin untuk melakukan salah satu daripada berikut:
Daftar masuk menggunakan peranti mudah alih yang didayakan internet yang menyokong pengimbasan QR: Gunakan kamera anda untuk mengimbas kod QR yang kelihatan atas skrin, kemudian ikut arahan pada peranti anda untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple pengguna baharu.
Daftar masuk secara manual: Pilih “Daftar masuk secara manual”, kemudian ikut arahan atas skrin untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple pengguna baharu.
Selepas anda menyediakan berbilang profil pengguna, anda boleh bertukar antara profil pengguna dengan cepat.