Cipta automasi peribadi baru
Automasi peribadi serupa dengan pintasan; tetapi automasi peribadi dicetuskan oleh peristiwa dan bukannya dilancarkan secara manual.
Dalam app Pintasan, ketik Automasi , atau jika anda telah mencipta automasi, ketik di penjuru kanan atas.
Ketik Cipta Automasi Peribadi.
Pilih pencetus.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Pencetus peristiwa, Pencetus perjalanan atau Pencetus seting.
Pilih pilihan untuk pencetus, kemudian ketik Seterusnya.
Automasi kosong muncul dalam editor automasi.
Untuk melihat semua tindakan tersedia yang anda boleh tambah ke automasi anda, ketik , atau untuk mencari tindakan khusus, masukkan istilah dalam medan carian.
Untuk menambah tindakan ke automasi anda, sentuh dan tahan tindakan dalam senarai, kemudian seretnya ke kedudukan yang anda mahukan dalam editor automasi.
Anda juga boleh ketik tindakan untuk menambahnya ke bahagian bawah senarai tindakan dalam editor automasi.
Tambah seberapa banyak tindakan yang anda perlukan untuk automasi anda.
Petua: Anda boleh menukar tertib tindakan dengan menyeretnya ke lokasi berbeza dalam editor pintasan.
Untuk menguji automasi anda, ketik .
Untuk menghentikan automasi, ketik .
Ketik Seterusnya.
Ringkasan automasi anda muncul.
Ketik Selesai.