Pengenalan kepada Pintasan pada iPhone dan iPad
Apakah pintasan?
Pintasan memberikan cara yang cepat untuk menyelesaikan tugas dengan app anda, dengan hanya satu ketikan atau meminta Siri.
Pintasan boleh mengautomasikan pelbagai perkara—contohnya, mendapatkan arah ke peristiwa seterusnya pada Kalendar anda, memindahkan teks daripada satu app kepada app lain, menjana laporan perbelanjaan dan banyak lagi.
Berdasarkan cara anda menggunakan peranti Apple anda—penggunaan app anda dan sejarah pelayar, e-mel dan pemesejan anda—Siri mencadangkan pintasan ringkas dan berguna yang anda boleh ketik dengan cepat untuk menjalankannya. Apabila anda mencipta pintasan, anda boleh mengaktifkan Siri, kemudian menyebut nama pintasan untuk menjalankannya.
App Pintasan
Di samping menjalankan pintasan ringkas yang dicadangkan Siri, anda boleh menggunakan app Pintasan untuk menambah pintasan sedia ada atau tersuai ke peranti anda. App ini membolehkan anda menggabungkan berbilang langkah merentas berbilang app untuk mencipta automasi tugas berkuasa.
Selepas anda menambah pintasan daripada Galeri app atau mencipta pintasan anda sendiri, anda boleh menjalankan pintasan daripada:
Apakah tindakan?
Tindakan ialah asas pembentukan pintasan. Setiap pintasan terdiri daripada siri tindakan dan setiap tindakan ialah satu langkah yang melaksanakan fungsi tertentu. Contohnya, pintasan yang berkongsi GIF beranimasi mungkin mengandungi tiga tindakan berturutan: Dapatkan Foto Terkini mendapatkan foto terkini yang anda ambil pada peranti anda, Jadikan GIF menggunakan foto tersebut untuk membina GIF beranimasi dan Hantar Mesej menghantar GIF ke penerima secara automatik.
Tindakan mewakili ciri terbaik app pada peranti Apple anda, dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil. Dengan ratusan tindakan, terdapat pelbagai langkah individu yang anda bolehkan rantaikan bersama untuk membina pintasan.
Lihat Pengenalan kepada cara pintasan berfungsi pada iPhone dan iPad dan Navigasi senarai tindakan dalam Pintasan pada iPhone atau iPad.
Di manakah pintasan disimpan?
Dalam app Pintasan, pintasan disusun dalam koleksi dalam skrin Pintasan (iOS) dan bar sisi Pintasan (iPadOS):
Semua Pintasan: Mengandungi semua pintasan anda dan pintasan yang tersedia dalam app.
Pintasan Saya: Mengandungi semua pintasan anda.
Helaian Kongsi: Mengandungi pintasan yang tersedia dalam helaian kongsi app lain.
Apple Watch: Mengandungi pintasan yang tersedia pada Apple Watch anda.
Pintasan App: Mengandungi semua pintasan yang tersedia dalam app.
Apabila anda mengetik nama koleksi, semua pintasan dalam koleksi tersebut ditunjukkan dalam tatasusunan grid. Setiap pintasan diwakili oleh segi empat tepat bulat yang mempunyai tajuk, ikon dan warna. Ketik pintasan sekali untuk menjalankannya, atau ketik untuk melihat tindakan yang terkandung di dalamnya.