Gunakan pemboleh ubah dalam Pintasan
Dalam Pintasan, anda boleh:
Letakkan pemboleh ubah dalam medan teks: Contohnya, anda boleh meletakkan pemboleh ubah dalam medan teks pintasan e-mel yang membenarkan anda memilih sapaan tertentu (seperti “Tuan” atau “Puan”) apabila anda menjalankan pintasan.
Gunakan pemboleh ubah untuk menggantikan parameter tindakan (seting dalam tindakan): Anda boleh membenamkan pemboleh ubah dalam tindakan. Contohnya, anda boleh meletakkan pemboleh ubah Tanya Setiap Kali dalam parameter Ulang tindakan Mainkan Muzik, yang membenarkan anda mengulang lagu apabila anda menjalankan pintasan.
Pemboleh ubah diwakili oleh token kecil berbentuk pil.
Tambah pemboleh ubah ke medan teks
Dalam Pintasan Saya , ketik pada pintasan yang anda mahu ubah suai, kemudian ketik sebarang medan teks dalam tindakan.
Nota: Tidak semua tindakan mengandungi medan teks.
Bar Pemboleh Ubah dan papan kekunci dipaparkan.
Ketik Pemboleh ubah.
Bar Pemboleh Ubah mengembang, memaparkan butang Pilih Pemboleh Ubah Pintar dan semua manual atau Pemboleh Ubah Pintar yang dijadikan tersedia oleh tindakan sebelumnya.
Ketik Pilih Pemboleh Ubah Pintar.
Editor pintasan memaparkan paparan alternatif yang menunjukkan output setiap tindakan sebagai pemboleh ubah yang tersedia untuk dipilih.
Ketik pemboleh ubah yang anda mahu tambah ke medan teks.
Pemboleh ubah diletakkan dalam baris dalam medan teks (di titik sisipan asal). Ini adalah tempat data yang disimpan akan diletakkan apabila pintasan berjalan.
Anda boleh terus menggunakan bar Pemboleh Ubah untuk mengakses Pemboleh Ubah Pintar yang anda mungkin mahu tambah.
Pilihan: Untuk menambah pemboleh ubah khas, ketik Selesai, ketik medan teks, ketik Pemboleh Ubah, kemudian ketik salah satu daripada pemboleh ubah khas berikut yang muncul sebagai token:
Tanya Setiap Kali: Menggesa anda untuk memasukkan teks di tempatnya apabila pintasan dijalankan.
Papan Klip: Memasukkan apa-apa yang terbaru anda salin semasa pintasan dijalankan.
Tarikh Semasa: Memasukkan tarikh dan masa hari ini, diformatkan mengikut keutamaan anda.
Input Pintasan: Mengambil input yang diserahkan ke dalam permulaan pintasan (berkenaan pintasan yang disetkan ke jalankan dalam app lain).
Nota: Anda mungkin perlu meleret ke kiri untuk melihat semua pemboleh ubah khas.
Pemboleh ubah khas diletakkan dalam baris dalam medan teks (di titik sisipan asal).
Keluarkan pemboleh ubah
Dalam Pintasan Saya , ketik pada pintasan yang anda mahu ubah suai.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Dalam medan teks: Tempatkan penuding di hadapan pemboleh ubah dalam medan teks, kemudian ketik dalam papan kekunci atas skrin.
Dalam parameter tindakan: Ketik token pemboleh ubah untuk memilihnya, kemudian ketik Kosongkan.
Serahkan kandungan pemboleh ubah sebagai input kepada tindakan lain
Dalam Pintasan Saya , ketik pada pintasan yang anda mahu ubah suai.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Dalam medan teks: Tempatkan kursor di tempat anda mahu letakkan pemboleh ubah, kemudian ketik .
Dalam parameter tindakan: Ketik token pemboleh ubah untuk memilih, kemudian ketik Pilih Pemboleh Ubah Pintar.
Pilih pemboleh ubah pintar daripada dalam senarai tindakan.
Apabila pintasan dijalankan, kandungan pemboleh ubah diambil dan diserahkan sebagai input ke dalam tindakan dipilih.
Gantikan parameter dengan pemboleh ubah
Anda boleh menggantikan parameter tindakan (seting dalam tindakan) dengan pemboleh ubah untuk bertukar secara dinamik antara seting tindakan semasa pintasan dijalankan.
Penting: Untuk parameter dengan suis aktif/nyahaktif, gunakan 1 atau 0 untuk setkan butang sebagai aktif atau tidak aktif.
Dalam Pintasan Saya , ketik pada pintasan yang anda mahu ubah suai.
Dalam editor pemboleh ubah, ketik sebarang nama parameter, kemudian pilih pemboleh ubah pengganti daripada senarai yang muncul.
Nota: Anda mungkin perlu mengetik dan menahan sesetengah parameter untuk digantikan dengan pemboleh ubah.
Dalam contoh ini, pemboleh ubah Tanya Setiap Kali menggantikan parameter Ulang dalam tindakan Mainkan Muzik.
Apabila pintasan dijalankan, anda digesa untuk memilih parameter Ulang.