Sediakan dan jalankan pintasan dalam Paparan Hari Ini
Anda juga boleh menjalankan pintasan daripada Paparan Hari Ini pada peranti iOS atau iPadOS. Dalam Paparan Hari Ini, pintasan dikumpulkan dalam widget Pintasan.
Tambah widget Pintasan ke Paparan Hari Ini
Pada peranti iOS atau iPadOS anda, leret ke kanan daripada pinggir kiri skrin Utama atau skrin Kunci untuk membuka Paparan Hari Ini.
Skrol ke bahagian bawah senarai widget, kemudian ketik Edit.
Dalam skrin Tambah Widget, ketik di sebelah kiri Pintasan.
Ketik Selesai untuk kembali ke Paparan Hari Ini.
Petua: Anda juga boleh menambah widget Pintasan pada Paparan Hari Ini daripada skrin Utama, dengan menyentuh dan menahan ikon app Pintasan, kemudian mengetik Tambah Widget.
Akses widget Pintasan dalam Paparan Hari Ini
Selepas anda menambah widget Pintasan ke Paparan Hari Ini, terdapat beberapa cara untuk membuka widget tersebut.
Pada peranti iOS atau iPadOS anda, lakukan salah satu yang berikut:
Leret ke kanan dari pinggir kiri skrin Utama atau skrin Kunci untuk membuka Paparan Hari Ini.
Apabila sebarang app terbuka, leret ke bawah daripada pinggir atas skrin untuk menunjukkan pemberitahuan, kemudian leret ke kanan daripada pinggir kiri skrin untuk membuka Paparan Hari Ini.
Nota: Jika anda tidak melihat widget Pintasan serta-merta, skrol menerusi widget untuk mencarinya.
Tambah pintasan ke Paparan Hari Ini
Untuk muncul dalam Paparan Hari Ini, pintasan mesti mengaktifkan Tunjukkan dalam Widget. Walaupun seting ini diaktifkan secara lalai, anda boleh menyahaktifkannya untuk mengeluarkan pintasan daripada Paparan Hari Ini.
Dalam Pintasan Saya , ketik pada pintasan untuk membukanya dalam editor pintasan.
Ketik untuk membuka Butiran.
Petua: Untuk mengakses Panduan Pengguna Pintasan, ketik Bantuan Pintasan.
Aktifkan (atau nyahaktifkan) Tunjukkan dalam Widget.
Ketik Selesai lagi untuk kembali ke editor pintasan.
Dengan Tunjukkan dalam Widget diaktifkan, pintasan muncul dalam widget Pintasan.
Jalankan pintasan daripada Paparan Hari Ini
Pada peranti iOS atau iPadOS anda, leret ke kanan daripada pinggir kiri skrin Utama atau skrin Kunci untuk membuka Paparan Hari Ini.
Dalam widget Pintasan, ketik butang pintasan.
Pintasan bermula dan butang widget memaparkan bar kemajuan semasa tindakan diteruskan. Untuk membatalkan pintasan, ketik . Apabila pintasan selesai, tanda semak muncul buat sementara dalam butang widget.
Jika pintasan mempunyai tindakan yang tidak boleh diselesaikan dalam widget, app Pintasan dibuka secara automatik. Jika tindakan memerlukan data tambahan, pintasan dijeda, membenarkan anda memasukkan data yang diperlukan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pintasan yang berfungsi dengan baik dalam widget (tanpa membuka app Pintasan), lihat Kongsi pintasan.
Susun atau keluarkan widget Pintasan dalam Paparan Hari Ini
Pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik Edit di bahagian bawah skrin Paparan Hari Ini.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Susun semula widget Pintasan: Sentuh , kemudian seret widget ke kedudukan baru.
Keluarkan widget Pintasan: Ketik , kemudian ketik Keluarkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Lihat dan atur Paparan Hari Ini pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone.