Perihal menggunakan gesaan dalam pintasan
Jika anda mahu memaparkan atau memasukkan maklumat semasa pintasan anda berjalan, gunakan tindakan Minta Input, Tunjukkan Penggera, atau Tunjukkan Pemberitahuan atau gunakan pemboleh ubah Minta Apabila Dijalanlan.
Menggunakan tindakan dan pemboleh ubah dengan cara ini membolehkan anda mencipta pintasan yang lebih dinamik—anda boleh sediakan struktur untuk apa-apa yang berlaku dalam pintasan anda, tetapi anda tidak perlu mengisi semua maklumat semasa anda membina pintasan. Sebaliknya, anda boleh meninggalkan pilihan tertentu untuk diputuskan pada masa jalanan.
Contohnya, anda boleh mencipta pintasan yang bertanya soalan tentang hari anda dan memasukkan jawapannya dalam jurnal, seperti pintasan Dear Diary ini. Atau, anda boleh mencipta pintasan yang lebih rumit dengan gesaan yang mengisi setiap bahagian templat e-mel, menggabungkan semua bahagian, kemudian menghantar e-mel, seperti pintasan contoh ini.