Gunakan pemboleh ubah Tanya Setiap Kali dalam pintasan
Pemboleh ubah Tanya Setiap Kali membenarkan anda melaraskan parameter tindakan pada masa jalanan. Menggunakan pemboleh ubah Tanya Setiap Kali, anda boleh menunggu untuk memutuskan cara tindakan beroperasi sehinggan pintasan dijalankan.
Semasa pintasan dijalankan, setiap tindakan dilengkapkan sehingga pintasan mencapai tindakan yang mengandungi pemboleh ubah Tanya Setiap Kali. Pada masa itu, pintasan dijeda, menggesa anda untuk mengemas kini parameter tindakan. Sebaik sahaja anda mengetik Selesai, pintasan terus dijalankan.
Untuk menambah pemboleh ubah Tanya Setiap Kali ke parameter, ketik ruang kosong dalam baris parameter tindakan, kemudian ketik Tanya Setiap Kali. Setiap kali pintasan dijalankan, anda diminta untuk mengesahkan pilihan anda untuk parameter.
Untuk memasukkan pemboleh ubah Tanya Setiap Kali dalam tindakan dengan medan teks, ketik medan teks, kemudian ketik Tanya Setiap Kali (dalam bar Pemboleh Ubah yang muncul di atas papan kekunci).
Untuk memasukkan pemboleh ubah Tanya Setiap Kali ke tindakan ulang, sentuh dan tahan parameter ulang, kemudian ketik Tanya Setiap Kali.
Menggunakan pemboleh ubah Tanya Setiap Kali pada parameter boleh membantu untuk melaraskan pilihan serta-merta, seperti Nilai dalam tindakan Log Sampel Kesihatan.