Gunakan tindakan Minta Input dalam pintasan pada iPhone atau iPad
Minta Input ialah tindakan berkuasa yang membolehkan anda memasukkan maklumat semasa pintasan anda dijalankan. Tindakan ini memerikan dialog yang bertanya soalan. Apabila anda memasukkan jawapan dan mengetik Selesai, data diserahkan kepada tindakan seterusnya atau disimpan sebagai Pemboleh Ubah Pintar untuk diambil kemudian.
Minta Input menyokong entri perkataan, tarikh, atau nombor dan papan kekunci beradaptasi mengikut setiap jenis input. Sebagai tambahan, Minta Input membenarkan anda untuk menentukan nilai lalai yang mempraisi dialog. Apabila anda menjalankan pintasan, anda boleh melaraskan maklumat praisi.
Tindakan Minta Input berfungsi dengan baik dengan pintasan “Pengelogan” seperti pintasan yang mengelog data kesihatan atau mencipta entri jurnal.
Petua: Gunakan tindakan Minta Input yang disetkan ke Nombor untuk memasukkan nombor dalam widget Pintasan atau pada Apple Watch anda dengan pad kekunci angka dengan cepat.