Kawalan aliran tindakan dalam Pintasan pada iPhone atau iPad
Apabila anda mula bekerja dengan pintasan yang lebih rumit, anda akan menemui tindakan yang mengungkapkan logik dan menukar aliran pintasan (seperti melangkau atau memisahkan kumpulan tindakan). Berikut ialah beberapa contoh tindakan khas ini:
Pemboleh Ubah
Pemboleh ubah menyimpan sesetengah kandungan buat sementara untuk digunakan dalam pintasan kemudian. Biasanya, tindakan yang mengandungi pemboleh ubah tidak bersambung terus ke tindakan seterusnya dalam pintasan. Sebaliknya, tindakan menghantar output (termasuk pemboleh ubah) kepada tindakan lain kemudian dalam pintasan. Lihat Gunakan pemboleh ubah dalam Pintasan pada iPhone atau iPad.
Tindakan Jika
Tindakan Jika menyemak syarat khusus dalam pintasan dan mengeluarkan hasil berbeza bergantung pada syarat yang dipenuhi. Oleh itu, tindakan anda boleh mengambil laluan berbeza bergantung pada syarat ditentukan apabila pintasan dijalankan. Lihat Gunakan tindakan Jika dalam Pintasan pada iPhone atau iPad.
Tindakan Ulang
Tindakan Ulang digunakan untuk melaksanakan tindakan yang sama berulang kali, mencipta gelung. Tindakan dalam gelung ulang dijalankan dari atas ke bawah dalam gelung dan kemudian melompat semula ke atas, mengulangi tindakan seberapa kali yang diperlukan. Lihat Gunakan tindakan Ulang dalam Pintasan pada iPhone atau iPad.
Tindakan Pilih daripada
Tindakan Pilih daripada menjeda pintasan dan menunjukkan menu pilihan kepada pengguna. Berdasarkan pilihan yang diambil, tindakan berlainan akan mengisi bahagian pintasan yang selebihnya, mengeluarkan hasil yang berbeza. Lihat Gunakan tindakan Pilih daripada Menu dalam Pintasan pada iPhone atau iPad.