Perihal tindakan transform dalam Pintasan
Tindakan transform mengedit kandungan (seperti memangkas imej) atau menukar kandungan menjadi format lain (seperti menukar PNG kepada JPEG). Menggunakan enjin Graf Kandungan, Pintasan selalunya menukar kandungan yang diserahkan antara tindakan secara automatik; namun begitu, anda boleh menggunakan tindakan transform untuk lebih kawalan terhadap penukaran.
Semasa anda membina pintasan anda, anda boleh mencari tindakan transform menggunakan kata kunci seperti cipta, tapis, tukar, edit, dapatkan dan laras. Contohnya, anda mungkin mahu menggunakan Tapis Imej untuk mengasingkan foto potret, atau menggunakan Jadikan Teks Beraneka daripada HTML pada pautan daripada Safari. Carian menggunakan kata kunci tukar memaparkan tindakan yang melaksanakan tugas penukaran.
Tindakan transform lain yang berguna termasuklah Gabungkan Teks, Gabungkan Imej, Terjemahkan Teks, Kesan Bahasa, Tapis Tetamu Peristiwa dan Tapis Fail.