Susun semula pintasan pada iPhone atau iPad
Di samping menambah dan menyusun pintasan dalam app Pintasan, anda boleh menentukan pintasan yang muncul dalam widget Pintasan pada iPhone atau iPad. Pintasan kelihatan dalam tertib yang sama pada peranti anda seperti dalam app Pintasan.
Dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik Edit.
Seret satu atau lebih pintasan (segi empat tepat berwarna) ke lokasi yang anda mahukan (tunggu sehingga segi empat tepat disusun semula sebelum anda mengangkat jari anda).
Menyeret pintasan ke dalam kawasan kategori baharu pada skrin menambahkan pintasan ke kategori tersebut. Menyeret pintasan keluar daripada kategori akan mengeluarkan pintasan daripada kategori tersebut.
Untuk selesaikan, ketik Selesai.
Nota: Jika anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda, sebarang perubahan yang anda lakukan dalam app dikemas kini pada peranti Apple lain anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Selaraskan pintasan pada iPhone atau iPad.