Sembunyikan gangguan perhatian apabila menonton video dalam Safari pada Mac
Anda boleh menggunakan Pemapar untuk mengisi tetingkap semasa dengan video yang anda sedang tonton, menunjukkan kawalan main balik tetapi menyembunyikan baki halaman web. Anda juga boleh mengalihkan video ke dalam Gambar dalam Gambar.
Tonton video dalam Pemapar
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Pergi ke halaman web yang mengandungi video, kemudian mula memainkan video.
Klik dalam medan Carian Pintar, kemudian pilih Pemapar Video.
Pemapar Video hanya kelihatan jika halaman web mempunyai video yang Pemapar boleh tunjukkan.
Untuk berhenti menggunakan Pemapar, klik dalam medan Carian Pintar, kemudian pilih Keluar daripada Pemapar Video (atau tekan Esc).
Alihkan video dalam Pemapar ke Gambar dalam Gambar
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Semasa menonton video dalam Pemapar, klik dalam kawalan main balik, kemudian pilih Gambar dalam Gambar (atau klik tetingkap lain).
Untuk berhenti menggunakan Gambar dalam Gambar, tahan penuding ke penjuru kiri atas tetingkap dan klik .