Sesuaikan halaman mula dalam Safari pada Mac
Anda boleh meletakkan semua perkara daripada web yang paling penting untuk anda di satu tempat yang mudah, halaman mula.
Dalam app Safari pada Mac anda, pilih Penanda Buku > Tunjukkan Halaman Mula.
Klik butang Pilihan di penjuru kanan bawah tetingkap.
Pilih pilihan untuk halaman mula anda.
Gunakan Halaman Mula pada Semua Peranti: Pilih ini untuk menggunakan seting halaman mula yang sama pada iPhone, iPad, iPod touch dan komputer Mac anda yang lain. Anda mesti mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada Mac anda dan peranti Apple lain anda serta menyediakan iCloud untuk Safari. Anda juga mesti mengaktifkan pengesahan dua faktor pada semua peranti Apple anda. Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Akaun Apple.
Kumpulan Tab Kegemaran: Tunjukkan tapak web yang anda telah tambah sebagai kegemaran ke Kumpulan Tab yang dipilih.
Tab Terbaharu Ditutup: Tunjukkan tapak web daripada tab yang terbaharu ditutup dalam Kumpulan Tab yang dipilih.
Kegemaran: Tunjukkan tapak web daripada folder penanda buku yang anda telah pilih dalam seting Umum. Lihat Tukar seting Umum.
Kerap Dilawati: Tunjukkan tapak web yang anda kerap lawati atau terbaharu lawati.
Dikongsi dengan Anda: Tunjukkan video, cerita berita dan pautan lain yang rakan berkongsi dengan anda menggunakan app Mesej.
Untuk melihat item dalam Dikongsi dengan Anda, pastikan Safari dipilih dalam anak tetingkap Dikongsi dengan Anda dari seting Mesej. Anda hanya melihat item yang dikongsi dengan anda oleh orang yang dalam kenalan anda dalam app Kenalan.
Cadangan Siri: Tunjukkan tapak web dicadangkan yang ditemui dalam Mesej, Mail dan app lain. Jika Cadangan Siri tidak disenaraikan, anda boleh mengaktifkannya. Lihat Cara Cadangan Siri berfungsi.
Senarai Bacaan: Tunjukkan halaman web yang anda telah pilih untuk baca kemudian.
Laporan Privasi: Tunjukkan ringkasan privasi yang anda boleh klik untuk mendapatkan butiran tentang pihak yang dihalang daripada menjejak anda.
Tab iCloud: Tunjukkan halaman web dibuka pada peranti Apple lain anda.
Anda mesti mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada Mac anda dan peranti Apple lain anda serta menyediakan iCloud untuk Safari.
Imej Latar Belakang: Anda boleh memilih imej yang disediakan atau memilih salah satu foto anda (pilihan pertama di sebelah kiri). Jika pilihan pertama menunjukkan butang Tambah , kliknya untuk memilih salah satu foto anda. Jika pilihan pertama menunjukkan foto yang dipilih sebelum ini, klik butang Tutup untuk memilih foto berbeza.
Anda juga boleh menyeret foto ke dalam halaman mula.
Seret pilihan halaman permulaan kepada susunan yang anda mahukannya kelihatan.
Klik dalam tetingkap Safari.
Anda boleh membuatkan halaman mula kelihatan pada bila-bila masa anda membuka tetingkap atau tab baharu. Lihat Tukar seting Umum. Anda juga boleh melihat halaman mula dengan mengklik dalam medan Carian Pintar. Lihat Lihat Kegemaran anda.