Cipta peringatan dalam Kalendar pada Mac
Anda boleh mencipta, melihat, mengedit dan menyelesaikan peringatan daripada app Peringatan terus dalam Kalendar.
Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan peringatan iCloud yang dikemas kini. Sesetengah ciri tidak tersedia jika anda menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Tunjukkan peringatan dalam Kalendar
Anda boleh menunjukkan peringatan berjadual yang anda telah tambah ke app Peringatan dalam Kalendar.
Pergi ke app Kalendar pada Mac anda.
Pilih kotak semak Peringatan Berjadual dalam senarai kalendar.
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Paparan > Tunjukkan Senarai Kalendar.
Peringatan yang dijadualkan sebagai seharian ditunjukkan dalam bahagian seharian di bahagian atas kalendar. Peringatan dengan masa berjadual kelihatan pada masa khusus dalam hari dalam jadual anda.
Peringatan yang disetkan untuk berulang kelihatan apabila peringatan berulang sebelumnya selesai. Sebagai contoh, jika anda mengesetkan peringatan untuk berulang setiap hari Sabtu pada 9 pagi, ia hanya kelihatan pada hari Sabtu seterusnya apabila peringatan hari Sabtu ini telah selesai.
Cipta peringatan dalam Kalendar
Pergi ke app Kalendar pada Mac anda.
Klik dalam bar alat Kalendar, kemudian pilih Peringatan Baharu.
Masukkan tajuk untuk peringatan.
Klik tarikh bersebelahan “ingatkan saya” untuk memilih tarikh untuk peringatan. Secara pilihan, pilih Pada Satu Masa dan masukkan masa khusus untuk peringatan.
Tukar atau tambah lebih banyak butiran pada peringatan anda—seperti nota, tag, URL atau lebih banyak.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menyelesaikan, mengedit dan memadamkan peringatan dalam app Kalendar, lihat Gunakan Peringatan dalam Kalendar.