Pilih dan salin teks dalam PDF dalam Pratonton pada Mac
Anda boleh memilih dan menyalin teks dari PDF yang dibuka dalam Pratonton, kemudian tampalnya ke dalam dokumen lain seperti mesej e-mel atau dokumen teks.
Pergi ke app Pratonton pada Mac anda.
Buka PDF yang anda mahu salin.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Salin teks: Pilih Alat > Pilihan Teks, seret ke atas teks, kemudian pilih Edit > Salin.
Salin sebahagian daripada teks secara menegak: Pilih Alat > Pilihan Teks, tahan kekunci Option semasa anda memilih teks, kemudian pilih Edit > Salin. (Ini berguna untuk menyalin lajur dalam jadual.)
Salin sebahagian daripada halaman sebagai imej grafik: Pilih Alat > Pilihan Segi Empat Tepat, seret ke atas bahagian halaman, kemudian pilih Edit > Salin.
Anda juga boleh menggunakan alat Pilihan Teks dan Pilihan Segi Empat Tepat dalam Bar Alat Penanda untuk memilih dan menyalin teks.