Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Eksport foto dan video daripada Photo Booth pada Mac
Anda boleh mengeksport foto dan video untuk digunakan dalam app lain. Foto tunggal dan 4-atas dieksport sebagai fail JPEG; klip video dieksport sebagai fail MOV.
Dalam app Photo Booth pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Eksport foto atau klip video: Pilih satu atau lebih imej kecil, kemudian pilih Fail > Eksport atau seret imej kecil ke desktop anda.
Eksport satu bingkai dalam foto 4-atas: Pilih bingkai foto, kemudian pilih Fail > Eksport, atau seret bingkai foto (bukan imej kecil) ke desktop anda.
Eksport foto tanpa kesan: Pilih imej kecil, kemudian pilih Fail > Eksport Asal.
Anda boleh berkongsi foto dan video dengan mudah tanpa mengeksportnya. Lihat Kongsi foto dan video daripada Photo Booth.