Cari dan gantikan teks dalam Pages pada Mac
Anda boleh mencari perkataan, frasa, nombor dan aksara tertentu dan menggantikan hasil carian secara automatik dengan kandungan baharu yang anda tentukan. Semua kandungan dalam dokumen—teks isi utama, pengepala dan pengaki, jadual, kotak teks, bentuk, nota kaki dan nota hujung dan komen—disertakan dalam carian.
Cari teks
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Cari & Ganti.
Anda juga boleh menekan Command-F.
Masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian. Padanan diserlahkan semasa anda memasukkan teks.
Untuk mengehadkan hasil carian kepada perkataan penuh atau perkataan yang sepadan dengan huruf besar yang anda nyatakan, klik menu timbul ke sebelah kiri medan carian, kemudian pilih Perkataan Penuh atau Padan Huruf (atau kedua-duanya).
Contohnya, apabila Perkataan Penuh dipilih, carian “bawah” tidak akan menemukan perkataan “garis bawah”.
Klik butang anak panah kiri atau kanan untuk mencari padanan seterusnya atau sebelumnya.
Untuk melihat atau mengosongkan carian terbaru, klik dalam medan carian.
Dalam sel jadual, Pages hanya memadankan nilai yang dipaparkan, bukan nilai dasar atau formula. Sebagai contoh, jika resipi memerlukan “1/2 cawan,” carian untuk “0.5” tidak mempunyai padanan.
Gantikan teks
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Cari & Ganti.
Klik menu timbul di sebelah kiri medan teks atas, kemudian pilih Cari & Ganti.
Masukkan perkataan atau frasa dalam medan teks atas.
Semasa anda memasukkan teks, bilangan padanan kelihatan bersama-samanya. Padanan pertama yang anda boleh edit diserlahkan dalam kuning.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Ganti semua padanan dengan teks penggantian yang sama: Dalam medan teks bawah, masukkan teks penggantian, kemudian klik Gantikan Semua.
Penting: Membiarkan medan teks bawah kosong akan memadamkan semua tika untuk teks yang ditemui.
Gantikan padanan berbeza dengan teks berbeza: Dalam medan teks bawah, masukkan teks penggantian, kemudian klik Ganti & Cari. Terus mengklik Ganti & Cari untuk menggunakan teks penggunaan yang sama atau masukkan teks penggantian yang berbeza dan klik Ganti & Cari.
Gantikan padanan yang dipilih tetapi jangan beralih ke padanan seterusnya: Klik Gantikan.
Beralih ke padanan sebelumnya atau seterusnya tanpa membuat perubahan: Klik anak panah kiri atau kanan.
Dalam sel jadual, menggantikan nilai jadual akan mengemas kini nilai yang dipaparkan dan juga nilai dasar. Contohnya, jika anda menggantikan “1/2” dengan “1/3,” nilai dasar bertukar daripada “0.5” kepada “0.333333”.
Anda tidak boleh menggantikan teks yang sepadan dalam sel jadual yang mengandungi formula.