Bekerjasama pada hamparan dikongsi dalam Numbers pada Mac
Sama ada anda pemilik hamparan dikongsi atau dijemput untuk bekerjasama, selepas anda membuka hamparan, anda boleh melihat pengeditan yang dilakukan orang lain pada masa nyata, lompat ke tempat pengeditan berlaku dengan cepat dan banyak lagi.
Terima jemputan untuk bekerjasama
Apabila anda mengklik pautan ke hamparan dikongsi, tempat hamparan dikongsi dibuka (contohnya, dalam Numbers untuk iCloud atau Numbers pada Mac) bergantung pada beberapa faktor, seperti akses dan keizinan yang disetkan oleh pemilik, versi Numbers dan macOS yang dipasang pada komputer anda dan sama ada anda menggunakan iCloud Drive.
Sebelum anda membuka pautan jemputan, pastikan peranti anda memenuhi keperluan sistem minimum untuk bekerjasama.
Klik pautan dalam e-mel, mesej atau siaran yang anda terima, kemudian ikuti sebarang arahan yang kelihatan.
Jika alamat e-mel atau nombor telefon yang digunakan untuk menjemput anda tidak dikaitkan dengan Akaun Apple, anda boleh mengikuti arahan yang kelihatan untuk menambahkan e-mel atau nombor telefon tersebut ke Akaun Apple anda.
Nota: Jika anda tidak mahu mengaitkan alamat e-mel lain dengan Akaun Apple, anda boleh meminta pemilik hamparan dikongsi untuk menjemput anda lagi menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang telah dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Bekerjasama pada hamparan dikongsi
Buka hamparan dikongsi.
Jika anda membuka hamparan sebelum ini, carinya dalam folder Numbers iCloud Drive. Jika anda tidak melihat hamparan, klik pautan dalam jemputan yang anda terima dan jika diminta, daftar masuk ke Akaun Apple anda.
Jika anda tidak boleh membuka hamparan, lihat Terima jemputan untuk bekerjasama.
Edit hamparan.
Edit yang anda dan yang lain lakukan pada hamparan kelihatan dalam real time. Kursor serta pilihan teks dan objek kelihatan dalam warna berbeza untuk menandakan tempat orang lain sedang mengedit. Gerakkan penuding ke atas kursor untuk melihat orang yang membuat pengeditan.
Jika terdapat konflik, dialog kelihatan dan anda boleh memilih versi yang anda mahu simpan. Jika anda menyimpan lebih daripada satu, yang terkini kekal dalam versi dikongsi.
Edit semasa di luar talian
Jika butang Kerjasama bertukar menjadi awan dengan garis pepenjuru merentasinya, peranti anda di luar talian.
Anda boleh terus bekerja pada hamparan dan kali seterusnya anda dalam talian, perubahan dimuat naik ke iCloud secara automatik.
Selepas anda bersambung semula, anda boleh melihat aktiviti terkini dalam hamparan dikongsi.
Ini ialah beberapa perkara yang perlu diingati semasa mengedit hamparan dikongsi apabila anda di luar talian:
Jika anda tidak pasti sama ada perubahan anda telah diselaraskan, anda boleh menyemak status penyelarasan. Pilih Paparan > Tunjukkan Status Penyelarasan (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin anda).
Jika peserta lain yang berada di dalam talian memadamkan objek atau helaian yang anda sedang edit, pegeditan yang anda buat pada objek tersebut tidak lagi berada dalam hamparan apabila anda kembali dalam talian.
Tarik diri daripada hamparan dikongsi
Jika anda tidak lagi mahu mempunyai akses ke hamparan yang dikongsi dengan anda, anda boleh keluarkan diri anda daripada senarai peserta.
Dalam hamparan dikongsi, klik dalam bar alat, kemudian klik Urus Hamparan Dikongsi.
Dalam senarai peserta, gerakkan penuding ke atas nama anda, klik , kemudian pilih Keluarkan Saya.
Klik Selesai.
Mengeluarkan nama anda daripada senarai peserta mengeluarkan hamparan tersebut daripada iCloud Drive anda. Jika anda ingin mengakses hamparan tersebut lagi kemudian, anda boleh gunakan pautan asal untuk membukanya.
Nota: Tidak semua ciri Numbers tersedia untuk hamparan yang dikongsikan dengan orang lain. Lihat artikel Sokongan Apple Bekerjasama pada dokumen dalam Pages, Numbers dan Keynote.