Tambah atau padam muzik dalam Apple Music di web
Sebaik sahaja anda melanggan Apple Music, anda boleh menambahkan lagu, album, senarai main dan video muzik daripada Apple Music ke pustaka muzik anda, yang boleh diakses daripada Mac, iPhone, iPad, iPod touch, Apple TV, atau peranti Android anda pada bila-bila masa anda mendaftar masuk ke Apple Music. Anda juga boleh memadamkan lagu, album dan senarai main.
Tambah lagu, album dan senarai main ke pustaka muzik anda
Di music.apple.com/my , lakukan mana-mana daripada berikut untuk mencari muzik yang anda mahu tambah:
Lihat pengesyoran yang diperibadikan untuk anda: Klik Laman Utama dalam bar sisi, kemudian cari muzik yang anda mainkan baru-baru ini, senarai main peribadi yang dicipta untuk anda, genre yang mungkin anda suka dan banyak lagi.
Lihat perkara baharu dalam Apple Music: Klik Layari dalam bar sisi, kemudian cari muzik mengikut perasaan, keluaran baharu, carta dan banyak lagi.
Cari dalam katalog Apple Music: Lihat Cari muzik.
Untuk menambah muzik ke pustaka muzik anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Alihkan penuding ke atas item, kemudian klik butang Tambah .
Alihkan penuding ke atas item, klik butang Lagi , kemudian pilih Tambahkan ke Pustaka.
Seret item ke bar sisi.
Muzik ditambah ke bahagian yang sesuai. Contohnya, jika anda menyeret senarai main Chill Mix ke bar sisi, ia ditambah ke pustaka anda di bawah Dibuat untuk Anda dan juga kelihatan di bawah Senarai Main. Jika anda tidak melihat Dibuat untuk Anda, anda boleh menambahnya ke bar sisi.
Nota: Apabila anda menambah senarai main Apple Music ke pustaka anda, lagu dalam senarai main dikemas kini pada bila-bila masa pemilik mengemas kininya; namun, lagu individu tidak kelihatan dalam senarai lagu anda.
Jika anda mempunyai app Muzik atau iTunes pada komputer atau peranti, anda boleh memuat turun muzik yang anda tambah ke pustaka muzik anda untuk dimainkan pada bila-bila masa, walaupun anda di luar talian. Untuk membuka app secara terus daripada Apple Music di web, hanya klik pautan di penjuru kiri bawah.
Padam lagu, album, atau senarai main daripada pustaka muzik anda
Di music.apple.com/my , klik sebarang pilihan di bawah Pustaka atau Senarai Main dalam bar sisi.
Alihkan penuding ke atas item (seperti lagu atau album), klik butang Lagi untuk item, kemudian pilih Padam Daripada Pustaka.
Jika anda memadamkan senarai main yang mengandungi lagu daripada pustaka anda, lagu dalam senarai main kekal dalam pustaka muzik anda dan pada komputer atau peranti anda.
Jika anda mempunyai app Muzik atau iTunes pada komputer atau peranti, anda boleh membuka app secara terus daripada Apple Music di web—hanya klik pautan di penjuru kiri bawah.