Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar seting dalam Muzik pada Mac
Gunakan seting Muzik untuk menukar pilihan bagi pustaka muzik anda, cara muzik dimainkan dan banyak lagi.
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Muzik > Seting, kemudian klik anak tetingkap seting:
Umum: Tukar seting yang meliputi daripada menamakan pustaka hingga memilih cara untuk menunjukkan senarai.
Main Balik: Pilih cara untuk memudarkan lagu masuk dan keluar, tukar kualiti bunyi muzik semasa main balik dan banyak lagi.
Fail: Setkan dan susun folder Media Muzik anda.
Lanjutan: Tukar pilihan untuk karya seni album, main balik video dan banyak lagi.
Untuk mengetahui tentang pilihan dalam anak tetingkap, klik butang Bantuan di bawah anak tetingkap.