Pintasan papan kekunci dan gerak isyarat Peta pada Mac
Terdapat beberapa cara untuk navigasi peta, termasuk menggunakan pintasan papan kekunci. Jika anda mempunyai trackpad, anda mempunyai pilihan tambahan.
Untuk mencari pintasan bagi perintah biasa, lihat dalam menu.
Tindakan | Pintasan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tunjukkan lokasi semasa anda | Klik butang Lokasi Semasa dalam bar alat (atau gunakan Touch Bar). Tekan Command-L. | ||||||||||
Gerak ke atas atau ke bawah, ke kiri atau ke kanan | Tekan dan tahan tetikus atau trackpad, kemudian seret peta itu. Pada trackpad, anda juga boleh seret menggunakan dua jari. Tekan kekunci anah panah. | ||||||||||
Putar peta | Tekan dan tahan kompas semasa anda menyeretnya ke kiri dan ke kanan, atau ke atas dan ke bawah. Pada trackpad, putarkan menggunakan dua jari. Tekan Option-Anak Panah Kiri (untuk berputar melawan arah jam) atau Option-Anak Panah Kanan (untuk berputar arah jam). | ||||||||||
Condongkan peta | Klik dan tahan butang 3D semasa anda seret ke atas dan ke bawah. | ||||||||||
Kembali ke orientasi menghala ke utara | Klik di luar kompas. Tekan Command-Anak Panah Atas. | ||||||||||
Zum masuk | Klik butang zum masuk di penjuru kanan bawah peta. Dwiklik. Pada trackpad, cubit dua jari dibuka. Tekan Command-Tanda Tambah (+). | ||||||||||
Zum keluar | Klik butang zum keluar di penjuru kanan bawah peta. Tekan kekunci Option sambil anda dwiklik. Pada trackpad, cubit dua jari rapat. Tekan Command-Tanda Tolak (-). | ||||||||||
Tunjukkan trafik | Klik menu timbul Tunjukkan, kemudian pilih Tunjukkan Trafik. | ||||||||||
Lihat laporan kejadian | Klik penanda pada peta. Terdapat empat penanda: ikon nahas , ikon pembinaan , ikon jalan raya yang ditutup dan ikon amaran umum . | ||||||||||
Bertukar antara paparan peta dan satelit | Klik butang bar alat. Tekan Command-1 atau Command-2. | ||||||||||
Tunjukkan peta 3D | Klik butang 3D . Tekan Command-0. | ||||||||||
Tunjukkan Label | Klik Satelit dalam bar alat, klik menu timbul Tunjukkan, kemudian pilih Tunjukkan Label. | ||||||||||
Lepaskan pin | Control-klik, kemudian pilih Lepaskan Pin. Tekan Shift-Command-D. Jika anda mempunyai trackpad Force Touch, klik paksa. | ||||||||||
Tambah arah atau lokasi ke Kegemaran anda | Dengan arah atau lokasi ditunjukkan, tekan Command-D. | ||||||||||
Paparkan sepanduk maklumat pin | Klik pin, kemudian klik butang Info . | ||||||||||
Kongsi lokasi atau peta | Klik butang Kongsi , kemudian pilih bagaimana anda mahu berkongsi. |