Tukar seting Maklumat Akaun dalam Mail pada Mac
Gunakan seting Maklumat Akaun dalam Mail untuk menukar pilihan umum bagi akaun e-mel anda.
Untuk menukar seting ini dalam app Mail pada Mac anda, pilih Mail > Seting, klik Akaun, kemudian klik Maklumat Akaun.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dayakan akaun ini | Buat akaun aktif atau tidak aktif. Apabila anda menyahpilih kotak semak untuk akaun (menjadikannya tidak aktif), akaun dinyahdayakan dan dijadikan luar talian—peti mel dan mesejnya tidak kelihatan dalam Mail. | ||||||||||
Status | Menunjukkan jika akaun dalam talian (titik hijau) atau luar talian (titik merah). | ||||||||||
Perihalan | Masukkan nama untuk akaun. Nama ini muncul dalam Mail—sebagai contoh, dalam bar sisi. | ||||||||||
Alamat E-mel | Pilih alamat e-mel yang anda mahu gunakan untuk menghantar mesej daripada akaun. Untuk akaun Exchange, ia adalah alamat e-mel utama untuk akaun tersebut pada pelayan Exchange. Jika anda mahu menukar nama yang ditunjukkan dalam mesej anda, atau mencipta alias mesej, klik menu timbul Alamat E-mel, kemudian pilih Edit Alamat E-mel. Jika anda telah menggunakan alias, ia disenaraikan dalam menu timbul Alamat E-mel. Ia juga muncul dalam menu timbul Dari apabila anda menulis mesej baharu. | ||||||||||
Muat Turun Lampiran | Mail sentiasa memuat turun lampiran media (seperti imej, PDF, video, atau fail audio) yang anda terima. Untuk membuatkan Mail memuat turun jenis lampiran lain (seperti hamparan atau fail dizipkan) secara automatik, klik menu timbul, kemudian pilih pilihan: Semua: Mail sentiasa memuat turun lampiran ini. Terbaru: Mail memuat turun hanya lampiran jenis ini yang diterima dalam 15 bulan lalu. Tiada: Mail tidak memuat turun mana-mana lampiran ini. Mail memuat turun lampiran yang anda terima ke folder istimewa dalam folder Pustaka utama anda. | ||||||||||
Hantar lampiran besar dengan Mail Drop | Gunakan iCloud untuk menghantar lampiran besar. Lihat Tambah lampiran ke e-mel. Pilihan ini tersedia untuk akaun iCloud, IMAP dan Exchange. |