Tukar seting Pengguna & Kumpulan pada Mac
Jika Mac anda mempunyai berbilang pengguna, anda patut menyediakan akaun untuk setiap individu supaya mereka boleh menyesuaikan seting dan pilihan tanpa menjejaskan pengguna lain. Anda boleh benarkan pengguna sekali-sekala log masuk sebagai tetamu tanpa akses ke fail atau seting pengguna lain. Anda juga boleh mencipta kumpulan dan memilih pilihan log masuk automatik. Anda mesti menjadi pentadbir Mac anda untuk melakukan tugas ini.
Kedua-dua pengguna standard dan pentadbir boleh menyertai pelayan akaun rangkaian.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengguna | Lihat senarai pengguna. Klik gambar pengguna untuk menukarnya. Lihat Tukar gambar log masuk pengguna. Klik butang Info bersebelahan nama pengguna untuk melihat butiran dan membuat perubahan. Lihat Tukar seting Pengguna, Tukar seting Pengguna Tetamu dan Tukar seting Pengguna Perkongsian Sahaja. | ||||||||||
Kumpulan | Lihat senarai kumpulan. Klik butang Info bersebelahan nama kumpulan untuk melihat butiran dan membuat perubahan. Lihat Tukar seting Kumpulan. | ||||||||||
Tambah akaun | Cipta pengguna atau kumpulan baharu. Klik menu timbul Akaun Baharu (anda mungkin akan diminta untuk memasukkan kata laluan anda), kemudian pilih jenis akaun.
| ||||||||||
Log masuk secara automatik sebagai | Pilih sama ada untuk melog masuk pengguna khusus secara automatik.
Nota: Log masuk automatik membenarkan sesiapa untuk akses Mac anda hanya dengan memulakannya semula. Jika log masuk automatik didayakan, pastikan Mac anda tidak log masuk pentadbir secara automatik. Apabila FileVault diaktifkan, log masuk automatik dinyahaktifkan. | ||||||||||
Benarkan pengguna rangkaian log masuk di tetingkap log masuk | Tentukan pengguna rangkaian yang boleh log masuk ke Mac anda. (Pilihan ini hanya kelihatan jika Mac anda menyertai pelayan akaun rangkaian.) Lihat Benarkan pengguna rangkaian log masuk ke Mac anda. | ||||||||||
Pelayan akaun rangkaian | Sertai pelayan akaun rangkaian, atau urus seting pelayan akaun rangkaian.) Lihat Sertai Mac anda ke pelayan akaun rangkaian. |
Anda juga boleh menyesuaikan pilihan yang tersedia dalam tetingkap log masuk, seperti pembayang kata laluan, senarai pengguna serta butang Tidur, Mula Semula dan Tutup. Lihat Tukar seting Skrin Kunci.