Cara untuk menyandarkan atau melindungi fail anda
Foto, muzik, dokumen, dan perisian anda adalah penting. Terdapat beberapa cara yang mudah untuk melindunginya.
Time Machine
Time Machine menyandarkan foto, muzik, filem dan dokumen yang disimpan pada Mac anda. Selepas anda menyediakan Time Machine, ia akan menyandar Mac anda secara tetap, jadi anda tidak perlu menyandarnya sendiri. Lihat Sambung cakera sandaran baharu ke Mac anda.
iCloud Drive
Anda boleh menggunakan iCloud Drive untuk menyimpan dokumen dengan selamat dalam iCloud, supaya anda boleh mengambilnya apabila diperlukan dan mengaksesnya daripada semua komputer, serta peranti iPhone, iPad dan iPod touch anda. Jika anda suka, anda boleh membuatkan semua fail dalam folder desktop dan dokumen anda disimpan secara automatik dalam iCloud Drive. Lihat Simpan fail dalam iCloud Drive.
Foto iCloud
Anda boleh menggunakan Foto iCloud untuk menyimpan semua foto dan video dalam pustaka foto anda dengan selamat dalam iCloud, supaya anda boleh mengambilnya apabila diperlukan dan mengaksesnya daripada semua komputer, peranti iOS dan iPadOS dan Apple TV anda, serta pada iCloud.com. Lihat Gunakan Foto iCloud.
CD dan DVD
Anda boleh mencipta folder bakar yang mengandungi semua fail penting anda. Setiap kali anda mahu sandarkan versi terkini fail tersebut ke CD atau DVD, hanya buka folder yang dibakar itu, kemudian klik Bakar. Lihat Cipta folder bakar.
Cakera lain
Jika anda mempunyai cakera keras kedua, anda boleh menyandarkan fail dengan menyalinnya daripada satu cakera kepada yang lain. Untuk menjimatkan ruang, mampatkan item sebelum menyalinnya ke cakera sandaran; hanya pilih ia, kemudian pilih Fail > Mampatkan.
Jika cakera keras dibahagikan kepada petak, anda boleh menyandar fail dari satu petak kepada yang lain. Penyelesaian ini tidak selamat seperti pilihan lain kerana sandaran anda mungkin akan hilang bersama dengan fail asal jika cakera keras anda rosak. Untuk mendapatkan maklumat tentang memetak cakera, lihat Petakkan cakera fizikal.
Utiliti Cakera
Jika anda perlu menyandar lebih banyak fail daripada yang boleh dimuatkan pada CD atau DVD tunggal, anda boleh menggunakan Utiliti Cakera untuk mencipta imej cakera dimampatkan bagi fail itu.