Formatkan teks dalam dokumen dengan fon pada Mac
Dalam kebanyakan app, anda boleh format teks yang anda masukkan dengan memilih fon, warna fon, saiz fon dan banyak lagi dalam tetingkap Fon.
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh gunakan ia untuk formatkan teks yang dipilih dengan cepat.
Dalam app pada Mac anda, tekan Command-T. Atau bergantung pada app, pilih Format > Tunjukkan Fon atau Format > Fon > Tunjukkan Fon.
Jika saiz fon tidak ditunjukkan di sebelah kanan tetingkap Fon, klik menu timbul Tindakan , pilih Edit Saiz, kemudian pilih Senarai Ditetapkan, Gelangsar Boleh Laras, atau kedua-duanya.
Untuk pratonton pilihan semasa anda memilihnya, klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Tunjukkan Pratonton.
Pilih teks yang anda mahu untuk format, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Tukar fon: Pilih koleksi, muka taip, atau gaya (seperti Huruf Tebal). Untuk mencari fon, pilih Semua Fon dalam lajur Koleksi, klik kemudian taipkan nama fon dalam medan carian.
Tukar saiz fon: Seret gelangsar atau pilih saiz dalam senarai. Untuk menukar julat gelangsar atau menambah saiz fon pada senarai, klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Edit Saiz.
Tukar warna fon: Klik perigi warna untuk Warna Teks, kemudian pilih warna dalam tetingkap Warna. Lihat Gunakan warna dalam dokumen.
Garis bawah atau lorek melalui teks: Klik menu timbul untuk Garis Bawah Teks atau Garis Potong Teks, kemudian pilih pilihan, seperti Ganda Dua. Untuk menukar warna baris, pilih Warna dari menu timbul, kemudian pilih warna.
Masukkan emoji, aksara dan simbol: Klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Aksara. Lihat Gunakan emoji dan simbol.
Setkan pilihan tipografi: Klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Tipografi. Jika fon yang dipilih termasuk pilihan tipografi, pilih atau nyahpilihnya.
Gunakan Buku Fon untuk memasang dan mengurus fon pada Mac anda. Untuk membukanya dari tetingkap Fon, klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Urus Fon. Lihat Panduan Pengguna Buku Fon.
Untuk format teks dipilih dalam huruf besar, huruf kecil atau huruf dicampurkan, pilih Edit > Transformasi, kemudian pilih satu pilihan.