Tukar dengan cepat antara pengguna pada Mac
Jika Mac anda mempunyai berbilang pengguna, pentadbir boleh mengaktifkan penukaran pengguna cepat, yang membenarkan anda untuk bertukar antara akaun dengan cepat apabila lebih daripada satu pengguna melog masuk pada masa yang sama.
Tunjukkan penukaran pengguna cepat dalam bar menu
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pusat Kawalan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Penukaran Pengguna Cepat di sebelah kanan, klik menu timbul bersebelahan Tunjukkan dalam Bar Menu, kemudian pilih pilihan.
Tunjukkan penukaran pengguna cepat dalam Pusat Kawalan
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pusat Kawalan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Penukaran Pengguna Cepat di sebelah kanan, kemudian aktifkan Tunjukkan dalam Pusat Kawalan.
Tukar akaun menggunakan bar menu
Pada Mac anda, klik menu penukaran pengguna cepat dalam bar menu, kemudian pilih nama pengguna atau ikon anda.
Menu penukaran pengguna cepat berada di penjuru kanan atas dan kelihatan seperti ikon pengguna atau menunjukkan nama pengguna semasa, bergantung pada seting dalam seting Pusat Kawalan.
Masukkan kata laluan anda, kemudian tekan Return.
Tukar akaun menggunakan Touch ID
Apabila dua atau lebih pengguna melog masuk pada masa yang sama, anda boleh bertukar antara pengguna dengan cepat menggunakan Touch ID. Untuk menyediakan Touch ID, lihat Gunakan Touch ID.
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar: Letakkan jari anda pada Touch ID sehingga “Tekan Touch ID untuk bertukar ke [nama anda]” kelihatan dalam Touch Bar, kemudian tekan Touch ID sehingga ia mengklik.
Jika Mac atau Magic Keyboard anda hanya mempunyai Touch ID (tiada Touch Bar): Tekan Touch ID sehingga ia mengklik.
Tukar akaun menggunakan Pusat Kawalan
Pada Mac anda, klik Pusat Kawalan dalam bar menu, klik ikon atau nama pengguna, kemudian pilih nama pengguna anda.
Jika ikon penukaran pengguna cepat tidak kelihatan dalam Pusat Kawalan, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Pusat Kawalan dalam bar sisi, kemudian aktifkan Tunjukkan dalam Pusat Kawalan di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)