Apakah Perkongsian Keluarga?
Perkongsian Keluarga membenarkan sehingga enam ahli keluarga anda berkongsi pembelian iTunes Store, App Store dan Apple Books, kalendar keluarga, senarai peringatan keluarga dan foto keluarga, semuanya tanpa berkongsi akaun. Keluarga anda juga boleh berkongsi langganan Apple Music, Apple TV+, Apple News+ dan banyak lagi. Selain itu, langganan App Store layak boleh dikongsi dengan keluarga anda.
Seorang dewasa—pengelola keluarga—menyediakan Perkongsian Keluarga, menjemput sehingga lima orang untuk menyertai kumpulan Perkongsian Keluarga dan memilih ciri yang keluarga anda akan kongsi. Ahli keluarga mendapat akses serta-merta kepada muzik, filem, rancangan TV, buku, app layak, langganan Apple TV+ dan Apple News+ satu sama lain, serta banyak lagi. Selain itu, ahli keluarga boleh berkongsi foto dengan mudah dalam album keluarga dikongsi, menambah peristiwa ke kalendar keluarga, berkongsi peringatan, berkongsi lokasi mereka dengan ahli keluarga lain, malah membantu mencari peranti ahli keluarga lain yang hilang. Setelah ahli keluarga menyertai, Perkongsian Keluarga disediakan pada peranti semua orang secara automatik.
Setiap ahli keluarga memerlukan Apple ID dan mesti mendaftar masuk ke keutamaan Apple ID mereka untuk mengakses keutamaan Perkongsian Keluarga. Untuk anak-anak yang terlalu muda untuk mencipta Apple ID, pengelola keluarga boleh memberikan kebenaran ibu bapa dan mencipta Apple ID bagi pihak anak itu sambil menambahnya kepada keluarga. Perkongsian Keluarga direka bentuk untuk digunakan oleh satu keluarga (dewasa dan kanak-kanak). Anda boleh menjadi sebahagian daripada satu kumpulan perkongsian keluarga sahaja pada satu masa.
Untuk mencipta kumpulan perkongsian keluarga, anda mula-mula mesti mendaftar masuk ke keutamaan Apple ID dengan Apple ID anda. Keutamaan Perkongsian Keluarga kemudian muncul dalam Keutamaan Sistem. Anda klik Perkongsian Keluarga dan sebagai pengelola keluarga, anda menyediakan kumpulan perkongsian keluarga. Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga pada Mac.
Perkongsian Keluarga tersedia pada komputer Mac (OS X 10.10 atau lebih baru), peranti iOS (iOS 8 atau lebih baru), peranti iPadOS dan komputer Windows dengan iCloud untuk Windows (Windows 7 atau lebih baru diperlukan). Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan Perkongsian Keluarga pada peranti iOS dan peranti iPadOS, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Perkongsian Keluarga.