Sandarkan dan kongsi penggantian teks pada Mac
Anda boleh mencipta penggantian teks untuk menggantikan teks tertentu secara automatik dengan teks atau simbol lain. Sebagai contoh, anda boleh menggantikan (c) dengan ©. Anda boleh mengeksport penggantian teks anda sebagai fail untuk menyandarkannya atau berkongsinya dengan pengguna Mac lain.
Nota: Anda boleh menggunakan iCloud memastikan penggantian teks anda dikemas kini pada semua peranti Apple anda. Hanya sediakan iCloud Drive pada Mac, iPhone dan iPad anda, serta daftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada setiap peranti. Apabila anda menambah penggantian teks pada Mac anda, ia berfungsi pada peranti lain anda secara automatik (dan sebaliknya).
Eksport penggantian teks
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika anda bekerja dalam app, anda juga boleh memilih Edit > Penggantian > Tunjukkan Penggantian, kemudian klik Seting Teks.
Klik Penggantian Teks.
Pilih penggantian yang anda mahu eksport. Untuk memilih semuanya, pilih Edit > Pilih Semua.
Seret penggantian dipilih daripada tetingkap Penggantian Teks ke desktop. Ini mencipta fail sandaran bernama Text Substitutions.plist.
Nota: Anda boleh mengedit fail ini menggunakan TextEdit.
Untuk menyandarkan fail ini, salinnya ke pemacu luaran atau ke lokasi lain. Anda juga boleh menghantarnya kepada orang lain untuk berkongsinya dengan mereka.
Import penggantian teks
Pada Mac yang anda mahu mengimport penggantian teks, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika anda bekerja dalam app, anda juga boleh memilih Edit > Penggantian > Tunjukkan Penggantian, kemudian klik Seting Teks.
Klik Penggantian Teks.
Seret fail Text Substitutions.plist dari lokasinya ke tetingkap Penggantian Teks, kemudian klik Selesai.