membuka kunci anak tetingkap keutamaan
Untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan, klik kunci di bahagian kiri bawah, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Letakkan jari anda dengan lembut pada Touch ID (jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID dan ia disediakan untuk membuka kunci Mac anda).
Dwiklik butang sisi Apple Watch anda (jika Mac anda menyokong membuka kunci Mac anda dengan Apple Watch). Lihat artikel Sokongan Apple Buka kunci Mac anda dengan Apple Watch anda.
Nota: Untuk sesetengah keutamaan, anda mesti memasukkan nama dan kata laluan pentadbir—anda tidak boleh menggunakan Touch ID atau Apple Watch.