pengguna tetamu
Anda boleh benarkan orang lain menggunakan Mac anda buat sementara sebagai pengguna tetamu tanpa menambah mereka secara individu sebagai pengguna standard.
Tetamu tidak memerlukan kata laluan untuk log masuk.
Tetamu tidak boleh menukar seting pengguna atau komputer.
Tetamu tidak boleh log masuk secara jauh apabila log masuk jauh diaktifkan dalam keutamaan Perkongsian.
Fail yang dicipta oleh tetamu disimpan dalam folder sementara tetapi folder ini dan kandungannya akan dipadamkan apabila tetamu log keluar.
Akses tetamu berfungsi dengan app Cari Saya untuk membantu anda mencari Mac anda jika ia hilang. Anda boleh tempatkan Mac anda jika seseorang mencarinya, log masuk sebagai tetamu dan kemudian menggunakan Safari untuk akses internet.
Nota: Jika FileVault diaktifkan, tetamu hanya boleh menggunakan Safari dan tidak boleh mengakses cakera disulitkan anda atau mencipta fail.