Cari lagu dengan pelayar lajur dalam iTunes pada PC
Anda boleh mencari lagu dengan cepat dalam pustaka iTunes anda menggunakan pelayar lajur.
Muzik anda diisih sehingga lima kategori (Genre, Komposer, Himpunan, Artis dan Album) dan dibahagikan ke dalam lajur. Sambil anda memilih item dalam setiap lajur, senarai diperkecilkan untuk memaparkan lagu yang sepadan sahaja.
Contohnya, untuk mencari muzik pop oleh artis tertentu, anda boleh memilih Pop dalam lajur Genre, kemudian nama artis dalam lajur Artis.
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Jika anda tidak melihat Muzik dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple Music yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple Music untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Pilih Lagu dalam bar sisi.
Pilih Lihat > Pelayar Jalur > Tunjuk Pelayar Lajur, kemudian pilih lajur yang anda mahu paparkan.
Anda tidak boleh menukar tertib lajur.
Dalam pelayar lajur, pilih pilihan dalam satu atau lebih lajur.
Semasa anda memilih pilihan, lagu yang sepadan dengan kriteria anda akan dipaparkan di bawah.
Untuk menutup pelayar jalur, pilih Lihat > Pelayar Jalur > Sembunyikan Pelayar Lajur.