Alihkan pustaka iTunes anda ke komputer lain
Jika anda mendapatkan komputer baharu, anda boleh memindahkan pustaka iTunes anda dengan menyambungkan komputer atau dengan menggunakan iPod atau pemacu mudah alih.
Sepadukan fail anda dalam folder iTunes
Anda boleh menyepadukan semua fail dalam pustaka anda ke dalam folder iTunes untuk memudahkan anda mengalihkan pustaka anda ke komputer baharu.
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Fail > Pustaka > Susun Pustaka, kemudian pilih “Sepadukan fail”.
Fail kekal di lokasi asalnya dan salinan diletakkan dalam folder iTunes.
Sandarkan pustaka dan fail media anda
Penting: Anda disyorkan mencipta sandaran untuk pustaka anda.
Secara lalai, folder iTunes Media disimpan dalam folder iTunes anda:
[Folder pengguna]\Muzik\iTunes\iTunes Media
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Edit > Keutamaan, klik Lanjutan, kemudian dalam bahagian “lokasi folder iTunes Media”, notakan lokasi folder iTunes Media.
Keluar daripada iTunes.
Navigasi ke folder iTunes dalam Penjelajah Fail.
Seret folder iTunes daripada lokasinya ke pemacu luaran.
Pulihkan daripada sandaran
Anda boleh memulihkan pustaka iTunes anda daripada pemacu luaran anda ke komputer. Jika anda memulihkan pustaka iTunes daripada komputer lain, pastikan komputer baharu anda mempunyai versi terkini iTunes.
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Fail > Keluar.
Cari pemacu luaran anda (dalam Penjelajah Fail), kemudian seret folder iTunes yang anda sandarkan sebelum ini daripada pemacu luaran ke pemacu dalaman anda.
Penting: Anda disyorkan untuk meletakkan semula folder iTunes dalam [Folder pengguna]\Music\iTunes\iTunes Media.
Tekan dan tahan kekunci Shift semasa anda membuka iTunes (pergi ke Mula, kemudian pilih iTunes > iTunes).
Klik Pilih Pustaka.
Pilih folder iTunes yang anda seret ke komputer anda dalam langkah 2, klik Buka, kemudian pilih fail iTunes Library.itl di dalam.
Sebelum anda menjual atau memberi komputer anda kepada orang lain, jangan lupa untuk nyahbenarkannya (pilih Akaun > Kebenaran > Nyahbenarkan Komputer Ini). Lihat Benarkan PC memainkan pembelian iTunes.