Kongsi pustaka iTunes pada rangkaian PC setempat
Anda boleh menyediakan maksimum lima komputer pada rangkaian setempat (seperti rangkaian Wi-Fi rumah) untuk berkongsi pustaka iTunes dengan satu sama lain. Jika komputer dikongsi dihidupkan dan iTunes dibuka, anda boleh memainkan item dikongsi komputer itu pada komputer lain dalam rangkaian, tetapi anda tidak boleh mengimport item dikongsi ke pustakanya.
Jika anda mahu mengimport item daripada pustaka iTunes pada komputer lain dalam rangkaian rumah, anda boleh mengaktifkan Perkongsian Rumah.
Kongsi pustaka anda dengan komputer lain
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Edit > Keutamaan, klik Perkongsian, kemudian pilih “Kongsi pustaka saya pada rangkaian setempat saya”.
Pilih item yang anda mahu kongsi, atau pilih “Kongsi seluruh pustaka”.
Untuk memerlukan pengguna memasukkan kata laluan sebelum mereka boleh melihat item dikongsi anda, pilih “Perlukan kata laluan”, kemudian masukkan kata laluan.
Anda boleh berkongsi filem, pautan stesen radio dan sesetengah fail audio (MP3, Apple Lossless, AIFF, WAV dan AAC). Anda tidak boleh berkongsi program yang dibeli daripada Audible.com.
Mainkan item daripada pustaka dikongsi
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih pustaka dikongsi dari menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian dwiklik item untuk memainkannya.
Tukar nama bagi pustaka iTunes dikongsi anda
Jika anda berkongsi keseluruhan pustaka anda, namanya mungkin kelihatan dalam menu Perkongsian Rumah pada komputer setempat lain yang disediakan untuk mencari pustaka dikongsi. Anda boleh mengubah nama yang orang lain nampak.
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Edit > Keutamaan, klik Umum, kemudian taipkan nama baharu dalam medan Nama Pustaka.
Nyahaktifkan perkongsian
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Edit > Keutamaan, klik Perkongsian, kemudian nyahpilih “Kongsi pustaka saya pada rangkaian setempat saya”.