Tukar format fail muzik dalam iTunes pada PC
Anda boleh menukar lagu kepada format fail yang lain (dan menyimpan salinan asal). Contohnya, anda boleh menyimpan salinan fail lagu yang dimampatkan seperti MP3 atau AAC dalam format lagu yang tidak dimampatkan (AIFF atau WAV).
Apabila menukar daripada format fail yang dimampatkan kepada tidak dimampatkan (contohnya, daripada MP3 kepada AIFF), anda tidak akan mengalami sebarang pengurangan dalam kualiti bunyi. Walau bagaimanapun, apabila menukar antara format yang dimampatkan (contohnya, MP3 dan AAC), anda mungkin mendapati pengurangan dalam kualiti bunyi. Untuk hasil terbaik, jika anda mahukan muzik anda dikodkan dalam format fail lain, import muzik sekali lagi daripada sumber asal menggunakan format pengekodan baru.
Penting: Anda boleh menukar pembelian iTunes Store hanya jika ia lagu iTunes Plus.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Klik Seting Import.
Dalam menu timbul Import Menggunakan, pilih format yang anda mahu tukarkan lagu, kemudian klik OK untuk menyimpan seting.
Pilih satu atau lebih lagu dalam pustaka anda, kemudian pilih Fail > Tukar > Cipta Versi [format].
Lagu dalam format asalnya dan lagu yang baru ditukarkan muncul dalam pustaka anda.