Aktifkan kesan visual dalam iTunes pada PC
Gunakan pentampak iTunes untuk melihat persembahan lampu berwarna-warni. Anda boleh menggunakan pentampak dengan atau tanpa muzik; kesan berubah berdasarkan jenis muzik dan sama ada muzik dimainkan atau dijeda.
Jika anda menggunakan pentampak dengan senarai main yang termasuk video muzik, pentampak menunjukkan video secara lalai. Anda boleh ubah seting ini bila-bila masa.
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Lakukan mana-mana yang berikut untuk memainkan muzik atau video:
Nota: Lagu perlu dimainkan sebelum anda boleh menggunakan pentampak.
Jika anda tidak melihat Muzik, Filem atau Rancangan TV dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple Music atau app Apple TV yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple Music untuk Windows atau Panduan Pengguna Apple TV untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Aktifkan kesan visual: Pilih Lihat > Pentampak > Tunjukkan Pentampak.
Untuk menukar pilihan, pilih Lihat > Pentampak > [pilihan]. Contohnya, untuk menunjukkan atau menyembunyikan video muzik, pilih Lihat > Pentampak > Mainkan Video. Tanda semak bermakna video akan ditayangkan. (Tidak semua pentampak menyokong pilihan, jadi Pilihan mungkin dimalapkan).
Petua: Untuk menunjukkan atau menyembunyikan senarai perintah yang boleh anda gunakan bagi mengawal pentampak, tekan kekunci Tanda Soal (?) pada papan kekunci anda semasa pentampak aktif.
Nyahaktifkan kesan visual: Pilih Lihat > Pentampak > Sembunyikan Pentampak, atau tekan kekunci Esc.