Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Terima dan balas jemputan peristiwa kalendar di iCloud.com
Anda boleh menentukan cara anda ingin menerima jemputan untuk setiap alamat e‑mel yang digunakan dengan Kalendar di iCloud—sama ada sebagai pemberitahuan dalam app atau melalui e‑mel. Anda juga boleh membalas mesej peristiwa dan melaporkan mel remeh.
Terima jemputan peristiwa sebagai pemberitahuan dalam app atau e‑mel
Dalam Kalendar di iCloud.com, klik di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih Seting.
Klik Akaun, kemudian pilih cara anda ingin menerima jemputan peristiwa dan kemas kini:
Terima melalui Pemberitahuan Dalam App: Jemputan peristiwa muncul sebagai pemberitahuan dalam Kalendar di iCloud.com. Anda boleh membalas jemputan peristiwa dengan mengklik dalam bar sisi, kemudian mengklik pemberitahuan.
Terima melalui E‑mel: Jemputan peristiwa dihantar melalui e‑mel ke alamat yang ditentukan. Anda boleh membalas jemputan peristiwa dalam e‑mel. Pilihan ini berguna jika kalendar utama anda bukan kalendar iCloud anda.
Jika anda menggunakan lebih daripada satu alamat e‑mel dengan Kalendar iCloud, anda boleh memilih pilihan untuk setiap alamat e‑mel.
Klik .
Pilihan yang anda pilih digunakan pada semua peranti di mana anda mendaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID dan menghidupkan iCloud untuk Kalendar. Untuk menyediakan pada iPhone atau iPad anda, lihat Sediakan cara anda menghantar dan menerima jemputan untuk Kalendar iCloud.
Terima, tolak atau katakan mungkin kepada jemputan peristiwa
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika anda memilih untuk menerima jemputan peristiwa sebagai pemberitahuan dalam app: Dalam Kalendar di iCloud.com, klik dalam bar sisi. Klik pemberitahuan peristiwa, kemudian klik Terima, Tolak atau Mungkin.
Jika anda memilih untuk menghantar jemputan peristiwa kepada anda melalui e‑mel: Dalam e‑mel jemputan yang anda terima, dwiklik jemputan untuk menambahkan peristiwa ke kalendar anda.
Anda boleh mengedit balasan anda dalam peristiwa pada kalendar atau dalam jemputan e‑mel asal.
Laporkan jemputan peristiwa kalendar remeh
Jika anda menerima jemputan peristiwa kalendar yang anda fikir mungkin adalah remeh atau spam, anda boleh melaporkannya ke iCloud.
Dalam Kalendar di iCloud.com, buka peristiwa yang anda ingin laporkan, kemudian klik Lapor Mel Remeh.
Klik .
Peristiwa dipadamkan dari kalendar anda secara automatik, pada semua peranti anda yang telah didaftar masuk dengan Apple ID yang sama.