Ilustrasi perkataan “Hai Siri, bagaimanakah cuaca hari ini?”

Mulakan hari anda

Setkan penggera pada HomePod dan bangun tidur dengan lagu pagi kegemaran anda atau bunyi ambien yang menenangkan. Bagi meneruskan rasa hebat sepanjang hari, hanya sebut “Hai Siri, mainkan sesuatu yang rancak.” Dengan langganan Apple Music, terdapat lebih daripada 100 juta lagu di hujung jari anda, tambahan sokongan pada HomePod untuk perkhidmatan muzik lain.

Dapatkan kemas kini cuaca, berita, peristiwa kalendar dan banyak lagi sementara anda bersiap. Sebut “Hai Siri, apakah kemas kini saya?”

Mainkan muzik pada HomePod

Ilustrasi perkataan “Hai Siri, setkan pemasa piza 12 minit”

Berehat selepas kerja

Jika anda berehat dengan muzik atau podcast semasa riadah petang anda, terus mendengar apabila anda tiba di rumah dengan medekatkan iPhone anda di bahagian atas HomePod. Atau mainkan pilihan peribadi yang dicipta khas untuk anda oleh Apple Music. Sebut “Hai Siri, mainkan sedikit muzik menenangkan.”

Gunakan HomePod sementara anda menyediakan makan malam. Sebut “Hai Siri, setkan pemasa piza 12 minit” atau “Hai Siri, berapa cawan dalam satu pain?” Dan dengan lebih daripada satu HomePod, anda boleh bawa semua orang ke meja makan hanya dengan menyebut “Hai Siri, interkom ‘Makan malam dah siap!’”

Gunakan Siri untuk mendapatkan maklumat

Ilustrasi perkataan “Hai Siri, mainkan bunyi lautan.”

Masa untuk tidur

Semasa anda berehat pada waktu malam, dengarkan bunyi ambien. Sebut “Hai Siri, mainkan bunyi hujan.” Untuk memastikan bunyi tersebut tidak dimainkan sepanjang malam, sebut “Hai Siri, henti bermain dalam masa 30 minit.” Dan ingat untuk sebut “Hai Siri, setkan penggera untuk pukul 7 esok.”

Sebelum anda tidur, sebut “Hai Siri, selamat malam” untuk menjalankan suasana yang anda cipta dalam app Rumah yang memadamkan semua lampu, mengunci pintu depan dan menurunkan suhu. Mimpi indah.

Ketahui cara mengawal rumah anda

Untuk meneroka Panduan Pengguna HomePod, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.