Gunakan VoiceOver untuk memainkan dan merakamkan Instrumen Sentuh dalam GarageBand untuk iPhone
Dalam GarageBand untuk iPhone, anda boleh menggunakan gerak isyarat VoiceOver untuk memilih Instrumen Sentuh dalam pelayar Bunyi, memulakan dan menghentikan main balik dan rakaman, serta melaraskan nilai tombol dan gelangsar. Serta apabila anda mengaktifkan ciri kebolehcapaian Sentuhan Terus, anda juga boleh memainkan Instrumen Sentuh.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang merakam Instrumen Sentuh, lihat Rakam Instrumen Sentuh dalam GarageBand untuk iPhone.
Pilih Instrumen Sentuh dalam pelayar Bunyi
Apabila anda mula-mula membuka GarageBand untuk iPhone atau mencipta lagu baharu, pelayar Bunyi dibuka. Dalam pelayar Bunyi, anda boleh memilih Instrumen Sentuh untuk dimainkan dalam lagu anda.
Dalam pelayar Bunyi, leret ke kanan berulang kali sehingga anda mendengar nama butang Instrumen Sentuh (sebagai contoh, “butang Keyboard”).
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Navigasi ke instrumen lain: Leret ke kanan atau kiri dengan tiga jari.
Navigasi menerusi pilihan cepat untuk instrumen tersebut: Leret ke kanan atau ke kiri.
Buka senarai bunyi tambahan untuk instrumen tersebut: Leret ke kanan sehingga anda mendengar “Lebih Bunyi”.
Dwiketik untuk memilih instrumen yang anda mahu mainkan.
Instrumen Sentuh dibuka.
Aktifkan Sentuhan Terus
Apabila ciri kebolehcapaian Sentuhan Terus aktif, anda boleh memainkan Instrumen Sentuh seperti Keyboard atau Dram dalam masa nyata, sama seperti yang anda lakukan apabila VoiceOver tidak aktif. Walaupun ketika Sentuhan Terus aktif, anda masih boleh menggunakan gerak isyarat VoiceOver untuk berinteraksi dengan kawasan Instrumen Sentuh yang tidak boleh dimainkan, sama seperti bar kawalan dan pembaris. Anda juga boleh menggunakan Sentuhan Terus untuk mengawal roda Pitch dan Mod pada sesetengah Instrumen Sentuh Keyboard.
Lakukan satu daripada berikut:
Pilih Instrumen Sentuh daripada pelayar Bunyi.
Dalam paparan Trek, navigasi ke butang Instrumen dalam bar kawalan, kemudian dwiketik.
Instrumen Sentuh dibuka.
Navigasi sehingga anda mendengar nama Instrumen Sentuh.
Jika Sentuhan Terus tak aktif, nama Instrumen Sentuh diikuti dengan “Gunakan rotor untuk mendayakan Sentuhan Terus bagi app ini”.
Putar rotor VoiceOver ke Sentuhan Terus, kemudian leret ke atas atau ke bawah sehingga anda mendengar “Sentuhan Terus aktif untuk GarageBand”.
Laraskan tombol dan gelangsar
Kebanyakan Instrumen Sentuh mempunyai kawalan seperti tombol dan gelangsar untuk menukar nilai parameter. Anda boleh melaraskan kawalan ini menggunakan gerak isyarat VoiceOver. Apabila anda menavigasi ke kawalan sebegitu, VoiceOver mengumumkan yang ia boleh dilaraskan.
Navigasi ke tombol atau gelangsar yang anda mahu laraskan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar nilai parameter: Leret ke atas atau ke bawah.
Tukar nilai parameter dengan tokokan lebih kecil: Dwiketik dan tahan sehingga anda mendengar tiga nada meningkat, kemudian leret ke kiri atau ke kanan.
VoiceOver mengumumkan nilai baharu setiap kali ia berubah.
Mula dan hentikan main balik atau rakaman
Anda boleh menggunakan gerak isyarat VoiceOver untuk memulakan dan menghentikan main balik atau rakaman, bergantung jika Instrumen Sentuh atau paparan Trek aktif.
Lakukan satu daripada berikut:
Apabila Instrumen Sentuh aktif: Dwiketik dengan dua jari untuk memulakan atau menghentikan rakaman
Apabila paparan Trek aktif: Dwiketik dengan dua jari untuk memulakan atau menghentikan main balik