Mainkan sel Live Loops dalam GarageBand untuk iPhone
Anda boleh memulakan dan menghentikan main balik sel dalam grid secara individu, memulakan sel dalam lajur secara serentak dan memulakan main balik sel yang dipilih secara serentak tidak kira kedudukannya dalam grid.
Pilih sel
Ketik sel untuk memilihnya.
Apabila pengeditan sel diaktifkan, anda boleh memilih berbilang sel untuk pengeditan. Anda boleh memilih dan mengedit berbilang sel dalam baris yang sama, namun hanya satu sel dalam satu baris boleh dimainkan pada satu masa.
Mainkan sel
Mula atau hentikan main balik: Ketik sel.
Mulakan main balik semua sel yang dipilih: Ketik sel yang dipilih.
Mulakan semua sel dalam lajur: Ketik pencetus di bawah lajur.
Hentikan main balik
Hentikan main balik sel: Ketik sel dimainkan atau ketik sel kosong dalam baris yang sama dengan yang sedang dimainkan.
Hentikan main balik semua sel yang dipilih: Ketik sel yang dipilih untuk menghentikan main balik semua sel yang dipilih.
Hentikan main balik semua sel dalam grid: Ketik pencetus di bawah lajur kosong.