Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambah kord tersuai pada GarageBand untuk iPhone
Anda boleh menambah kord tersuai anda sendiri pada lagu. Kord tersuai boleh termasuk lanjutan (not tambahan) dan not bes alternatif. Apabila anda menambahkan kord tersuai, ia tersedia untuk semua instrumen yang dimainkan dengan jalur kord dalam lagu semasa.
Tambah kord tersuai
Ketik butang Seting dalam bar kawalan, kemudian ketik Edit Kord.
Pada iPhone SE, iPhone 8, iPhone 7, atau iPhone 6s, ketik butang Seting dalam bar kawalan, ketik Seting Lagu, kemudian ketik Edit Kord.
Ketik jalur kord yang anda mahu gunakan untuk kord tersuai.
Leret roda Kord untuk mengeset akar kord dan kualiti kord dan untuk menambah lanjutan (not tambahan). Leret roda Bes jika anda mahu menambah not bes alternatif.
Apabila anda selesai, ketik Selesai untuk kembali ke lagu.