Gunakan iCloud dengan GarageBand untuk iPad
Anda boleh memuat naik lagu GarageBand anda ke iCloud Drive dan mengaksesnya daripada app atau peranti lain. Anda boleh membuka lagu anda terus daripada iCloud Drive di bar sisi dalam pelayar Lagu Saya, atau memuat turunnya ke iPad.
Apabila anda menutup lagu atau menutup GarageBand, lagu tersebut dikemas kini dengan perubahan terkini anda dalam iCloud. Jika perubahan yang dibuat pada berbilang peranti tidak selaras, salinan lagu dengan perubahan terbaharu disimpan pada lokasi yang sama seperti yang asli dalam iCloud Drive.
Sebelum anda boleh menggunakan iCloud dengan GarageBand, anda mesti menyediakan iCloud dalam app Seting pada iPad. Maklumat lanjut tersedia dalam talian di tapak web Sokongan iCloud.
Aktifkan iCloud untuk GarageBand
Anda boleh mengaktifkan iCloud untuk GarageBand dalam app Seting pada iPad.
Tutup GarageBand.
Pada skrin Utama, ketik Seting, kemudian ketik nama anda di bahagian atas Seting.
Ketik iCloud, kemudian ketik suis bersebelahan GarageBand dalam senarai app iCloud.
Anda mungkin perlu menskrol ke bawah untuk melihat ikon GarageBand.
Muat naik lagu ke iCloud Drive
Dalam pelayar Lagu Saya, ketik butang Pilih, ketik lagu yang anda mahu muat naik, kemudian ketik Alihkan dalam menu tindakan cepat.
Cari dimana anda mahu menyimpan lagu anda pada iCloud Drive, kemudian ketik Salin.
Salin lagu dalam iCloud Drive ke iPad
Dalam pelayar Lagu Saya, ketik iCloud Drive dalam bar sisi dan cari lagu yang anda mahu padamkan.
Ketik Pilih, ketik lagu yang anda mahu muat naik, kemudian ketik Alihkan dalam menu tindakan cepat.
Cari tempat anda mahu menyimpan lagu anda pada iPad dan ketik Salin.
Buka lagu dalam iCloud Drive
Lagu yang tersedia untuk dimuat turun daripada iCloud Drive muncul dengan lencana muat turun iCloud .
Dalam pelayar Lagu Saya, ketik iCloud Drive dalam bar sisi, kemudian cari dan ketik lagu GarageBand yang anda mahu buka.
Lagu dimuat turun. Jika terdapat versi lebih baharu dalam iCloud, versi lebih baharu dimuat turun ke iPad. Jika versi pada iPad adalah lebih baharu, versi itu dimuat naik ke iCloud.
Cipta lagu dalam iCloud Drive
Dalam pelayar Lagu Saya, ketik iCloud Drive dalam bar sisi, cari dan ketik folder GarageBand untuk iOS, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Ketik butang Tambah Lagu di bahagian kanan atas skrin.
Ketik Cipta Dokumen dalam pelayar Lagu Saya.
Pelayar Bunyi terbuka, di mana anda boleh memilih Instrumen Sentuh untuk digunakan dalam lagu. Apabila anda menutup lagu, perubahan terbaharu disimpan ke lokasi asal dalam iCloud Drive.
Padam lagu dalam iCloud Drive
Apabila anda memadamkan lagu dalam iCloud Drive, lagu tersebut dipadamkan pada semua peranti anda.
Dalam pelayar Lagu Saya, ketik iCloud Drive dalam bar sisi, kemudian cari lagu yang anda mahu padamkan.
Ketik Pilih, ketik lagu yang anda mahu padamkan, kemudian ketik Padam.
Jika anda menyahaktifkan iCloud untuk GarageBand, lagu anda yang disimpan dalam iCloud Drive akan dipadamkan daripada iPad anda, tetapi akan kekal disimpan dalam iCloud Drive. Jika anda mahu menyahaktifkan iCloud dan menyimpan lagu pada iPad, anda perlu menduplikasi lagu yang anda mahu simpan sebelum menyahaktifkan iCloud.