Dapatkan makluman apabila lokasi seseorang berubah dalam Cari pada Mac
Anda boleh menerima pemberitahuan apabila rakan, ahli keluarga atau kenalan lain anda tiba atau meninggalkan lokasi, atau jika mereka tiada di lokasi tertentu semasa jadual yang ditetapkan. Contohnya, anda boleh mendapatkan makluman jika anak anda tiada di sekolah pada waktu sekolah.
Penting: Pastikan anda membenarkan pemberitahuan untuk app Cari. Lihat seting Tukar Pemberitahuan.
Dapatkan makluman apabila lokasi rakan anda bertukar
Pergi ke app Cari pada Mac anda.
Klik Orang, pilih nama, kemudian klik pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Tambah, kemudian pilih Maklumkan Saya.
Pilih sama ada anda mahu diberitahu apabila rakan tiba, meninggalkan lokasi, atau tiada di lokasi.
Pilih lokasi, atau klik Lokasi Baharu untuk mencipta lokasi baharu dan mengesetkan jejari lokasi.
Dengan jejari yang lebih besar, anda dimaklumkan apabila rakan anda dekat dengan lokasi dan bukannya terus di lokasi.
Bergantung pada pemberitahuan, anda boleh memilih kekerapan atau masa anda mahu dimaklumkan
Frekuensi: Pilih sama ada anda mahu dimaklumkan hanya sekali atau setiap kali.
Masa dan Hari: Pilih masa mula dan tamat, kemudian pilih hari dalam minggu.
Klik Tambah, kemudian klik OK.
Apa yang rakan anda lihat?
Jika anda mengesetkan pemberitahuan satu kali: Rakan anda mendapat isyarat serta-merta selepas anda mengesetkan pemberitahuan.
Jika anda mengesetkan pemberitahuan berulang: Rakan anda mesti meluluskannya sebelum ia disetkan. Mereka mendapat isyarat meminta kelulusan apabila mereka tiba atau meninggalkan lokasi yang anda pilih, atau pada masa dan hari pemberitahuan bermula.
Nota: Anda hanya boleh mencipta pemberitahuan berulang untuk rakan yang mempunyai pengesahan dua faktor diaktifkan.
Anda juga boleh memaklumkan rakan apabila lokasi anda berubah atau menukar atau menyahaktifkan pemberitahuan Cari pada bila-bila masa.
Nota: Perkongsian lokasi dan mencari orang tidak tersedia di semua negara atau rantau.