Mainkan bunyi pada peranti dalam Cari pada Mac
Dalam app Cari pada Mac, anda boleh memainkan bunyi pada peranti Apple untuk membantu anda mencarinya. Untuk memainkan bunyi pada peranti, anda mesti menambah peranti ke Cari sebelum ia hilang.
Petua: Anda juga boleh memainkan bunyi pada peranti dalam talian dalam Cari Peranti di iCloud.com.
Mainkan bunyi pada peranti
Pergi ke app Cari pada Mac anda.
Klik Peranti, pilih peranti yang anda mahu mainkan bunyi padanya, kemudian klik pada peta.
Klik Mainkan Bunyi.
Jika peranti dalam talian, bunyi bermula selepas tundaan pendek dan kelantangannya meningkat beransur-ansur; ia dimainkan sepanjang lebih kurang 2 minit. Peranti mungkin bergetar. Isyarat Cari [peranti] Saya juga muncul pada skrin peranti.
Jika peranti di luar talian, bunyi dimainkan pada kali seterusnya peranti disambungkan ke rangkaian Wi-Fi atau selular.
Anda mungkin juga dapat memainkan bunyi pada setiap AirPod dan bekas pengecasan. Lihat Cari AirPods dalam Cari dalam Panduan Pengguna AirPods.
Berhenti memainkan bunyi pada peranti
Jika anda menemui peranti dan mahu menyahaktifkan bunyi sebelum ia berhenti secara automatik, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Mac: Klik OK dalam isyarat Cari Mac Saya.
iPhone, iPad, atau iPod touch: Tekan butang kuasa atau butang kelantangan, atau petik suis Dering/Senyap.
Jika peranti dikunci, anda boleh membuka kuncinya atau meleret untuk menutup isyarat Cari [peranti] Saya. Jika peranti dibuka kunci, anda boleh mengetik OK dalam isyarat Cari [peranti] Saya.
Apple Watch: Ketik Tutup dalam isyarat Cari Jam Saya, atau tekan Digital Crown atau butang sisi.
AirPods atau fon kepala Beats: Klik Henti dalam Cari.
Jika peranti anda hilang atau dicuri, anda boleh melindungi maklumat anda dengan menandakannya sebagai hilang.
Nota: Perkongsian lokasi dan mencari peranti tidak tersedia di semua negara atau rantau.