Tambah atau ubah suai penapis Quartz dalam Utiliti ColorSync pada Mac
Gunakan Utiliti ColorSync untuk menambah penapis baharu atau mengubah suai penapis yang sedia ada untuk menyesuaikan warna dalam fail.
Buka Utiliti ColorSync untuk saya
Tambah penapis baharu
Pergi ke app Utiliti ColorSync pada Mac anda.
Klik Penapis dalam bar alat tetingkap Utiliti ColorSync.
Klik di penjuru kiri bawah tetingkap, masukkan nama untuk penapis, kemudian tekan kekunci Return.
Klik di sebelah kanan nama penapis, kemudian pilih pilihan:
Tambah Komponen Pengurusan Warna: Pilih item dari submenu ini untuk menambah pengubahsuaian warna pada penapis anda. Pilih profil lalai untuk fail tanpa profil warna.
Tambah Komponen Kesan Imej: Pilih item daripada submenu ini untuk mengubah seting saiz, kedalaman bit, interpolasi dan kemampatan untuk imej dalam fail anda.
Tambah Komponen Sentuh Semula PDF: Pilih item dari submenu ini untuk setkan cara data monokrom dikodkan, sama ada imej diinterpolasi dan sama ada untuk mencipta dokumen PDF/X-3.
Tambah Maklumat Domain: Pilih item ini untuk menentukan di mana penapis boleh digunakan. Penapis boleh digunakan dalam app, aliran kerja PDF atau dialog Cetak.
Tambah Komen: Pilih item ini untuk masukkan komen tentang penapis.
Apabila anda menambah penapis, anda boleh mencegahnya daripada diedit secara tidak sengaja dengan mengklik . Untuk mengedit penapis, klik lagi.
Untuk mengeluarkan penapis, klik Penapis dalam bar alat tetingkap Utiliti ColorSync, klik penapis yang anda mahu keluarkan, kemudian klik .
Ubah suai penapis
Pergi ke app Utiliti ColorSync pada Mac anda.
Klik Penapis dalam bar alat tetingkap Utiliti ColorSync.
Klik di sebelah kiri penapis.
Klik di sebelah kiri komponen penapis, kemudian tukar seting untuk mengubah suai penapis.
Nota: Jika penapis mempunyai di sebelahnya, anda tidak boleh mengedit penapis tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh menyalin penapis yang dikunci dan mengedit salinan. Klik di sebelah kiri .