Import buku, buku audio, atau PDF dalam Buku pada Mac
Anda boleh mengimport kandungan yang anda tidak terima daripada Kedai Buku atau Kedai Buku Audio, seperti PDF, buku audio mp3, buku audio Audible dan kebanyakan buku EPUB.
Nota: Sesetengah kandungan (seperti fail ACSM, AZW dan ODM) hanya boleh dibuka dalam app pihak ketiga yang berkaitan. Jika anda tidak pasti app yang anda perlukan untuk membuka buku atau buku audio anda, semak dengan perpustakaan atau kedai eBuku yang menyediakan kandungan.
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Pilih Fail > Import.
Pilih buku, buku audio atau PDF yang anda mahu import, kemudian klik Import.
Anda juga boleh menyeret dan melepaskan buku, PDF dan sesetengah buku audio ke pustaka anda.
Nota: PDF dibuka dalam Pratonton (atau pembaca PDF lalai anda), berbanding dalam Buku.
Jika anda telah mengimport buku, buku audio dibeli dan PDF pada peranti lain, anda boleh menggunakan iCloud untuk Buku untuk melihatnya pada Mac anda.