Dengar buku audio dalam Buku pada Mac
Anda boleh mendengar buku audio pada Mac anda. Anda juga boleh mendengar buku audio yang anda beli pada peranti lain.
Nota: Untuk mendengar buku yang anda beli pada peranti lain, anda perlu menyediakan iCloud. Lihat Gunakan iCloud untuk membaca dan mendengar pada semua peranti anda.. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mendengar buku audio pada iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple Watch anda, lihat panduan pengguna untuk peranti anda.
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik Buku Audio dalam bar sisi untuk melihat buku audio dalam pustaka anda.
Untuk mendapatkan lebih buku audio, beli di Kedai Buku Audio.
Layari atau cari buku audio, kemudian dwiklik buku audio yang anda mahu dengar.
Apabila anda mula mendengar, pemain buku audio muncul di bahagian atas tetingkap.
Untuk mengawal main balik, lakukan mana-mana daripada berikut:
Langkau ke depan atau ke belakang: Klik atau . Anda boleh mengesetkan bilangan saat untuk melangkau ke depan atau belakang dalam seting Main Balik Buku.
Pergi terus ke bab tertentu: Klik , kemudian pilih bab.
Setkan pemasa tidur: Pilih Kawalan > Pemasa Tidur, kemudian pilih masa anda mahu buku audio berhenti dimainkan.
Tukar kelajuan suara pertuturan: Pilih Kawalan > Kelajuan Main Balik, kemudian pilih kelajuan. Kelajuan paling cepat ialah 2x dan paling lambat ialah 0.75x.
Kawal main balik di luar tetingkap Buku: Klik dalam bar menu, kemudian klik pilihan.
Nota: Jika butang Kini Dimainkan tidak ditunjukkan, anda mungkin perlu menukar pilihan dalam Seting Sistem. Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pusat Kawalan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik menu timbul bersebelahan Kini Dimainkan, kemudian pilih Sentiasa Tunjukkan dalam Bar Menu atau Tunjukkan Apabila Aktif.
Sesetengah buku audio dijual dengan PDF tambahan. Untuk mencari PDF, mainkan buku audio, klik , kemudian klik Lihat Kandungan PDF.