Dengar buku audio dalam Buku pada Mac
Anda boleh mendengar buku audio pada Mac anda.
Nota: Untuk mendapatkan maklumat tentang mendengar buku audio pada iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple Watch anda, lihat panduan pengguna untuk peranti anda.
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Buku Audio dalam bar sisi untuk melihat buku audio yang anda muat turun ke pustaka anda.
Nota: Untuk mendapatkan lebih buku audio, beli di Kedai Buku Audio.
Layari atau cari buku audio, kemudian dwiklik buku audio yang anda mahu dengar.
Apabila anda mula mendengar, pemain buku audio muncul di bahagian atas tetingkap.
Untuk mengawal main balik, lakukan mana-mana daripada berikut:
Langkau ke depan atau ke belakang: Klik butang Langkau ke Depan atau butang Langkau ke Belakang . Anda boleh mengesetkan bilangan saat untuk melangkau ke depan atau belakang dalam keutamaan Main Balik Buku.
Pergi terus ke bab tertentu: Klik Senarai Kandungan , kemudian pilih bab yang anda mahu.
Setkan pemasa tidur: Pilih Kawalan > Pemasa Tidur, kemudian pilih masa anda mahu buku audio berhenti dimainkan.
Tukar kelajuan suara pertuturan: Pilih Kawalan > Kelajuan Main Balik, kemudian pilih kelajuan. Kelajuan paling cepat ialah 2x dan paling lambat ialah 0.75x.
Kawal main balik di luar tetingkap Buku: Klik butang Kini Dimainkan dalam bar menu, kemudian klik pilihan.
Nota: Jika anda tidak melihat butang Kini Dimainkan , ia mungkin dinyahaktifkan dalam Keutamaan Sistem. Untuk melihat butang, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Dock & Bar Menu , klik Kini Dimainkan dalam bar sisi, kemudian pilih Tunjukkan dalam Bar Menu.
Sesetengah buku audio dijual dengan PDF tambahan. Untuk mencari PDF, mainkan buku audio, klik butang Senarai Kandungan , kemudian klik Lihat PDF Disertakan.