Setkan matlamat membaca dalam Buku pada Mac
Anda boleh menjejaki bilangan minit yang anda luangkan untuk membaca setiap hari dan bilangan buku serta buku audio yang anda selesaikan setiap tahun. Anda boleh menyesuaikan matlamat anda untuk meluangkan lebih masa membaca, mengesetkan pencapaian berterusan membaca baharu dan berkongsi pencapaian anda dengan rakan.
Lihat pencapaian berterusan dan rekod membaca anda
App Buku membolehkan anda mengetahui bilangan hari berturut-turut anda mencapai matlamat membaca harian anda dan memaklumkan anda apabila anda mengesetkan rekod. Klik pemberitahuan untuk mendapatkan butiran lanjut tentang pencapaian anda, atau hantar pencapaian anda kepada rakan.
Petua: Untuk menerima pemberitahuan apabila anda mengesetkan rekod, pastikan anda membenarkan pemberitahuan bagi app Buku.
Untuk melihat pencapaian berterusan dan rekod membaca semasa anda, klik Laman Utama dalam bar sisi, kemudian skrol ke bawah ke Matlamat Membaca.
Tukar matlamat pembacaan harian anda
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik Laman Utama dalam bar sisi.
Skrol ke bawah ke Matlamat Membaca, kemudian klik di penjuru kanan atas Bacaan Hari Ini.
Pilih bilangan minit yang anda mahu baca setiap hari, kemudian klik OK.
Tukar matlamat pembacaan tahunan anda
Matlamat bacaan tahunan menjadi pilihan selepas anda menamatkan buku pertama anda.
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik Laman Utama dalam bar sisi.
Skrol ke bawah ke Matlamat Membaca, kemudian klik di penjuru kanan atas Buku Dibaca Tahun Ini.
Pilih bilangan buku yang anda mahu baca setiap tahun, kemudian klik OK.
Aktifkan bimbingan membaca
Anda boleh mengaktifkan bimbingan untuk menerima galakan dan dorongan untuk membantu anda mencapai matlamat bacaan anda.
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik nama anda di penjuru kiri bawah.
Klik Pemberitahuan, kemudian pilih Bimbingan Matlamat Membaca.
Nyahaktifkan pemberitahuan dan Matlamat Membaca
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Nyahaktifkan pemberitahuan: Untuk berhenti menerima pemberitahuan apabila anda mencapai matlamat membaca atau mengesetkan pencapaian berterusan membaca, klik nama anda di penjuru kiri bawah, klik Pemberitahuan, kemudian nyahpilih Penyelesaian Matlamat Membaca.
Nyahaktifkan Matlamat Membaca: Pilih Buku > Seting, klik Umum, kemudian nyahpilih Dayakan Matlamat Membaca. Apabila Matlamat Membaca dinyahaktifkan, penunjuk membaca dalam Laman Utama disembunyikan dan anda tidak menerima pemberitahuan.
Untuk mengosongkan data bacaan anda, seperti masa yang diluangkan untuk membaca dan pencapaian berterusan membaca, klik Kosongkan Data Matlamat Membaca.