Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam Buku pada Mac
Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam Buku untuk membeli di Kedai Buku dan Kedai Buku Audio, memuat turun item yang anda beli pada peranti lain dan memuat turun kemas kini buku serta buku audio.
Nota: Kedai Buku dan Kedai Buku Audio tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam Buku
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik “Daftar masuk” di penjuru kiri bawah.
Jika anda tidak mempunyai Akaun Apple, anda boleh mencipta akaun. Lihat artikel Sokongan Apple Cara mencipta Akaun Apple baharu.
Masukkan maklumat Akaun Apple anda, kemudian klik Daftar Masuk.
Untuk melihat buku dan buku audio yang anda beli pada peranti lain anda, daftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada semua peranti. Anda mungkin perlu membenarkan komputer anda.
Petua: Untuk menyemak Akaun Apple yang anda gunakan, atau untuk melihat seting akaun anda, pilih Akaun > Lihat Akaun Saya.
Daftar keluar daripada Akaun Apple anda dalam Buku
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Pilih Akaun > Daftar Keluar.
Anda juga boleh mengklik gambar anda di penjuru kiri bawah, kemudian klik Daftar Keluar di bahagian bawah tetingkap Akaun.