iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/William_Randal_Cremer
William Randal Cremer - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

William Randal Cremer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sir William Randal Cremer
Ahli Parlimen untuk Haggerston
Dalam jawatan
24 Oktober 1900 – 22 Julai 1908
Didahului olehJohn Lowles
Digantikan olehRupert Guinness
Dalam jawatan
18 Disember 1885 – 13 Julai 1895
Digantikan olehJohn Lowles
Maklumat peribadi
LahirFareham, Hampshire, England, UK
Mati22 Julai 1908
London
Parti politikLiberal
Anugerah awamHadiah Keamanan Nobel
Knight of the Order of St. Olav
Chevalier of the Legion of Honour

Sir William Randal Cremer (18 Mac 1828 – 22 Julai 1908) dikenali menerusi nama tengahnya "Randal", merupakah ahli Parlimen UK, pengamal pasifisme dan menyokong timbang tara antarabangsa. Beliau dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel 1903 untuk usaha-usaha pergerakan timbang tara antarabangsa. [1]

Cremer dilahirkan dalam keluarga kelas buruh di selatan bandar Inggeris, Fareham. Bapa beliau merupakan adalah pemandu kereta kuda, tetapi yang meninggalkan keluarga apabila Randal dilahirkan. Ibu beliau telah membesarkan Cremer bersama dua adik-beradiknya dan memastikan Randal mendapat pendidikan di sebuah sekolah Methodis tempatan.

Cremer telah berhijrah ke London pada tahun 1825 dan aktif sebagai penganjur kesatuan, pantas menjadi pemimpin buruh diiktiraf. Cremer telah dilantik sebagai Setiausaha International Workingmen's Association pada tahun 1865, namun meletak jawatan dua tahun kemudian kerana merasakan organisasi tersebut terlalu radikal.

Sejak kegagalan bertanding untuk menjadi ahli Perlimen pada 1868, Cremer telah menyokong pengembangan timbang tara antarabangsa sebagai alternatif keamanan untuk penyelesaian pertindihan.[2]

Beliau telah dipilih menjadi ahli Parlimen untuk Haggerston dari tahun 1885 sehingga 1895, dan dari 1900 sehingga kematiannya, disebabkan paru-paru berair pada tahun 1908.

Cremer telah menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1903 dan merupakan penerima tunggal pertama.

  1. ^ "The Nobel Peace Prize 1903 Randal Cremer". nobelprize.org.
  2. ^ Mark Mazower (2012). "Chpt 3: The empire of Law". Governing the world. Allen Lane. ISBN 9780-7-1399683-8.